Salam semua
Selamat tahun baru 2012 pada semua pembaca blog khususnya yang rajin menyinggah ke sini. Agak lama saya menyepi dan bukan tidak teringat akan blog ini, cuma masa benar-benar tidak mengizinkan. Minta maaf ya!
Apa lagi yang terlintas di fikiran jika kita menyebut dan mengucap selamat tahun baru, pastinya terpancul perkataan AZAM. Saya tidak pula berminat hendak memberitahu azam peribadi saya di sini tapi cuma ingin menyorot angan-angan yang secara lansung dan tidak lansung telah menjadi realiti dlm kehidupan ini.
Buka saja sesi persekolahan tahun ini, anak sulung yang berangan-angan ingin menjadi pengawas perpustakaan sejak daripada tahun dua, sudah pun menjadi kenyataan. Pulang dari sekolah dengan wajah gembira dan puas, dia kata "Betul kata umi, bila kita set angan-angan...pasti ia akan jadi kenyataan satu hari nanti. Buktinya hari ini, A dah dilantik jadi pengawas perpustakaan". Hebatkan!
Galak anak-anak untuk letak sasaran dalam kehidupan mereka kerana ia selari dengan ilmu LOA yang di popularkan oleh Rhonda. Ajar anak-anak set angan-angan yang khusus kerana minda bawah sedar akan senantiasa bergerak ke arahnya. InsyaAllah, ia pasti terjadi. Rahsianya cuma satu, KHUSUSkan angan-angan atau azam tersebut. Kebiasaannya, bila kita bertanya tentang semangat azam di awal tahun, ramai antara kita suka memberi ayat-ayat standard seperti menjadi orang yang lebih berjaya, lebih ..lebih...dan lebih tua. Hakikatnya, jika kita tidak khusus dengan apa yang dikehendaki dan diminta, kejayaan yang ditunggu semakin jauh dan tidak kunjung-kunjung tiba. Apa tidaknya, dia mungkin berjaya daripada segi kesihatan kerana tidak mengalami apa-apa masalah sakit badan. Itu pun antara definasi berjaya, bukan!
Analogi lain yang saya dapati daripada seorang motivator, jika kita pergi ke kedai makan. Pesan makanan yang kena dengan selera kita pada waktu itu. Anak sulung saya sukakan lasagna. jadi mintalah lasagna. Jika dia hanya meminta "western foods atau italian foods", boleh ke pekerja restauran membawa makanan pasta bernama lasagna khusus untuk dia. Jawapannya adalah TIDAK! Sebabnya, permintaan dia tidak khusus dan pekerja restauran mana yang tahu bahawa anak saya sukakan lasagna. Betul atau tidak?
Melalui pengalaman sendiri, selepas saya membaca buku "subcontious mind", saya sedar kebanyakan realiti yang berlaku dalam kehidupan saya adalah disebabkan angan-angan yang sentiasa bermain di minda. Saya suka berangan-angan dan satu persatu, ia menjadi realiti. Alhamdullilah dan insyaAllah.