Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Wednesday, 27 July 2011

Multitasking....

Salam

Hari ini aku ingin bercerita tentang kemahiran multitasking . Apa itu multitasking?Ia adalah kebolehan sesorang untuk melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu masa. Ada penulis buku mengatakan, golongan wanita ialah paling mahir dalam tugas-tugas multitasking. Maklumlah, menjadi wanita zaman mellinium, semua kena pantas dan mampu membuat segalanya. Tambahan lagi dengan budaya orang-orang kita, wanita selalu menjadi superwoman di dalam keluarga. Dialah ibu, tukang masak, tukang basuh, tukang lipat baju, tukang gosok baju, tukang mop lantai, drebar dan tidak lupa juga seorang isteri dan girlfriend kepada En. Suami. Bukankah itu bukti-bukti seorang multitasker? Jadi sekarang cuba kita korek, apa kelebihan multitasking?

Mutitasking adalah satu kebolehan yang diiktiraf di kalangan ibu-ibu yang bergelar superwoman. Masakan tidak! sambil memasak dia mendengar radio,  membuai anak yang sedang tidur dan bercakap di dalam telepon. Seorang ibu di ofis mengadap komputer menaip kerja, sempat bersarapan di meja, sambil berforum di alam maya dan menempah baju raya anak-anak secara online. Itu juga multitasking! Biasa dengarkan? Jadi memang benar, kemampuan golongan wanita bermultitasking tidak boleh kita pertikaikan lagi.
Jadi apa masalahnya jika kita boleh membuat kerja yang banyak dalam satu masa? Bukankah itu satu kelebihan yang luar biasa pada kaum wanita? Atau adakah multitasking ini hanya berlaku pada satu golongan ini saja?

Pengalaman aku sendiri, bila anak-anak pergi ke sekolah dan En.suami pergi ke ofis, aku bertukar menjadi lipas kudung, Yek, lipas! Tepat jam 8 pagi, aku telah bertukar wajah menjadi seorang pekerja di depan komputer buruk ku ini. Membuka email, mengecek FB, mengONkan YM walaupun dalam mode bunian, membuka fail google.docs, membaca akhbar online dan berselang seli menghirup teh tarik sambil makan roti bakar dan mendengar radio. Bayangkan, betapa kagumnya aku dengan kebolehan ini! Masalahnya, sejak dua minggu lepas aku mengalami stress yang tidak jelas apa punca dan daripada mana datangnya. Aku bertanyakan orang keliling, mereka suruh aku bersabar, berdisiplin dan prioritize kerja-kerja yang aku ada. Selama beberapa hari, itulah yang aku cuba pratikkan tetapi aku masih dalam tekanan. Pelik tapi benar.
Hingga hari ini, aku keluar memanjakan diri dan makan tenghari keseorangan tetapi kepala aku masih tidak tenang. Kenapa?

Petang semalam semasa menonton televisyen, tiba-tiba aku terpandang sebuah buku di sebelah katil. Aku telah membacanya separuh jalan tetapi hari ini, aku menyambungnya semula. Tiba pada satu subtopik yang membincangkan isu multitasking, aku mula memahami masalah yang aku sedang alami. Ia berpunca daripada sifat multitasking yang selama ini aku amalkan. Ia bukanlah tidak elok 100% tetapi ia sangat berkait rapat dengan kualiti kerja yang kita lakukan. Jika kerja utama kita memerlukan konsentrasi tinggi, janganlah mengambil risiko untuk bermultitask. Antara keburukkannya yang sangat jelas ialah kualiti kerja utama yang buruk, mengambil terlalu banyak masa, semua kerja berakhir dengan tidak sempurna dan tidak lupa juga, masalah yang aku alami iaitu STRESS.



Bagi tujuan pembacaan seterusnya, sila klik di pautan ini.... 
http://www.timemanagement.com/lifestyle-health/why-multitasking-is-bad.html

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Rumah,

terjumpa satu artikel menarik dari seorang blogger yg menghadapi masalah lebih kurang sama...artikel dia menarik..mungkin boleh membantu..silalah baca kalau mahu..http://sitisifir10.blogspot.com/2011/08/kekal-fokus-bila-idea-mengganggu.html

Unknown said...

Salam kembali

Terima kasih daun keladi:)