Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Monday, 1 August 2011

Catatan Perjalanan: New Zealand

Salam

Belum pernah membuat entri tentang pengalaman aku berhobi. Sebagaimana orang lain yang mempunyai hobi, begitu juga dengan aku. Secara ringkas aku ada dua hobi iaitu menambah pengalaman hidup dan merakam memori tersebut dalam kotak ingatan dan secondary memory yang tidak mungkin akan hilang, malah boleh dimain semula bila perlu. Bagi memenuhi keperluan secondary memory itu, video camera dan camera canggih  tidak pernah ketinggalan dalam setiap episod pengembaraan aku dan keluarga.


Apakata sebagai permulaan episod perjalanan ini, aku rasmikan dengan negara pertanian New Zealand yang terletak jauh di hujung peta dunia. Secara ringkas, negara ini sangat kaya dengan kualiti alam semulajadi yang tetap utuh terpelihara. Hutannya sangat hijau dan terjaga rapi, tasiknya membiru tanpa sebarang pencemaran aktiviti pembinaan dan cuacanya sejuk di kelilingi gunung-ganang berpuncak salji . Sangat mengasyikkan! Pengalaman ketika berada di negara ini berbeza dengan negara-negara lain yang pernah aku lawati sebelum ini. Back to nature, kata orang-orang yang biasa menjelajah ke segala pelosok dunia samada kota atau desa, bagi mengambarkan pengalaman unik bersama alam ini. Ia ternyata membawa 1001 kenangan manis pada aku dan keluarga pada penghujung tahun 2009.

Pada pendapat peribadi aku, cara terbaik untuk membuat eksplorasi negara kiwi ini ialah dengan bermotohome. Motorhome ialah sebuah kenderaan seakan-akan van besar yang dilengkapi dengan kemudahan asas sebuah rumah di dalamnya. Aku dan keluarga seolah-olah berada di dalam rumah bergerak, dipermudahkan dengan kehadiran dapur kecil yang lengkap, kabinet, peti ais, katil, tandas dan tempat duduk yang selesa. Pendek kata, segala keperluan asas dan kecemasan ada tersedia di dalam van bersaiz lori tersebut.

Koleksi peribadi.

Tujuh hari perjalanan bermotohome bermula di sebuah bandar terkenal bernama Christchurh terletak di selatan, lebih dikenali sebagai South Island,New Zealand. Pengalaman ringkasnya, kami merentasi beberapa buah bandar, daerah yang berubah-ubah bentuk lanskapnya seperti kawasan pergunungan Athur Pass, lereng-lereng bukit dan lurah, kawasan hutan malar hijau yang sangat tebal, kawasan perairan yang terkenal dengan fjord, tasik-tasik dikelilingi gunung-ganang dan bandar-bandar kecil yang terkenal sebagai pusat perlancongan.Setiap satu lanskap yang dilalui mengingatkan aku pada pengalaman-pengalaman perjalanan sebelum ini.

Ketika merentasi kawasan pergunungan Athur Pass, kami seolah-olah berada di Switzerland. Puncak-puncak gunung yang masih bersalji dan suhu dingin mengiggit benar-benar menyegarkan dan menggigilkan. Apabila van gergasi itu menyusuri kawasan lereng-lereng bukit, ia seakan-akan menggamit memori pulang ke kampung, hutan di tepi-tepi jalan saling tidak tumpah seperti berada di Malaysia. Kami juga mengambil peluang menaiki kapal persiaran dan melewati kawasan fjord di perairan laut di Milford Sound. Ia tidak mengecewakan, seolah-olah aku mengimbas kembali memori berada di perairan Norway pada tahun 2000.Akhir sekali, apabila melihat kambing biri-biri di lereng bukit-bukau tumpul dan kawasan padang luas di sepanjang perjalanan itu, bagaikan berada di Scotland. Bezanya, kambing biri-biri di Scotland mempunyai cat berwarna-warni di atas badan-badannya.







Pengalaman-pengalaman ini mengayakan kehidupan aku dan keluarga.




Walaupun ia telah dua tahun berlalu, pengalaman-pengalaman ini masih lekat segar di ingatan. Pernah satu masa kami membawa anak-anak merentasi hutan untuk ke kawasan perkelahan Ulu Yam. Anak sulungku berkata "Macam berada kat hutan New Zealand". Begitu juga semasa kami bercuti ke Bukit Fraser, sambil menikmati kawasan hutan tebal dalam suhu dingin, anak-anak aku suka melihat pokok-pokok liar di sekitar kawasan trail bukit itu. Mereka masih ingat bentuk daun paku pakis sepertimana daun rasmi negara New Zealand iaitu FERN LEAVE. Pengalaman sebegini adalah berbayar dan ia sangat bernilai kepada kami anak beranak melebihi handbag Birkin.Hehehe.


Siapa tak kenal Fern?

2 comments:

Anonymous said...

sis...senang tak nak bawak motorhomes nie?? saya dan kawan2 (6 org) berancang nak sewa motorhomes di new zealand nnt...cuma tak yakin nak drive sbb nampak motorhomes tu besar sangat..ada ke ia bersaiz bas mini atau besar lagi?

Unknown said...

Salam Anny...

Tak mudah, lihat pada jenis enjin dan saiz kenderaan tersebut. Apabila melalui jalan-jalan curam menaiki dan menuruni lurah, sedikit kerja keras diperlukan.

Saya nasihatkan ambil enjin auto dan full coverage insurance. Jika jadi apa-apa kemalangan tidak diingini dalam perjalanan, tidak perlu risau.