Salam
Semakin malas menulis, semakin malas menjengah. Dikuatkan hati, kali ini saya akan cerita serba sedikit tentang pilihan menjadi seorang suri.
Sebelum berlari jauh, saya perlu ingatkan; tidak semua antara kita mempunyai kelebihan untuk membuat pilihan. Ada yang terjebak, contohnya saya. Ada yang dipinta oleh orang tersayang kerana suami terlebih mampu. Ada yang terpaksa kerana pembantu rumah lari mengikut teman lelaki. Ada juga yang mengambil keputusan menjadi suri setelah penat bekerja dan mahu menemani suami tersayang. Malah, ada yang sudah awal-awal lagi mempunyai impian menjadi suri apabila berkahwin dan mempunyai anak kelak.
Apa pun alasan kita memilih menjadi suri sepenuh masa, sama ada suka atau tidak, sedikit sebanyak ia pasti membawa kesan emosi ke atas diri. Ada masanya keputusan itu memakan diri dan adakalanya ia bagaikan satu rahmat yang tiada tolok bandingnya. Ada masanya kita kecewa, ada masanya kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga. Ibarat roda bersilih ganti, adakala emosi kita di awangan dan ada waktunya seperti mahu melarikan diri dari rumah.

Baiklah, jika ada yang bertanya; apakah prasyarat yang melayakkan seorang wanita menjadi seorang suri sepenuh masa? Sejujurnya, saya tiada jawapan. Bagaimanapun, ia bergantung pada beberapa faktor. Antara faktor utama kebanyakan rakyat marhein seperti kita adalah kewangan. Faktor kewangan memainkan peranan yang agak penting apabila kita memilih keputusan menjadi suri. Ia mampu menggugat keharmonian sesebuah rumah tangga jika tidak ditangani sebaiknya. Ini tidak pula bermaksud, segalanya bertuhankan duit atau harus ada penyata kira-kira di akhir bulan ataupun catatan debit dan kredit di penghujung hari. Tetapi ia tetap merupakan syarat penting kerana suka atau tidak, pendapatan isi keluarga akan terjejas sekiranya salah seorang daripada kita tidak bekerja. Walaupun hakikatnya, tidak semua aktiviti boleh dikira atau bersandarkan terma kewangan. Namun begitu, kehidupan dunia hari ini tetap berkisarkan pada kemampuan kewangan dalam melicinkan urusan hal ehwal keluarga.
Selain kewangan, apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi keputusan seorang wanita sebelum menjadi suri? Pelbagai, ia boleh terjadi atas permintaan suami, boleh juga disebabkan oleh kemahuan isteri. Selain itu, boleh juga disebabkan oleh keperluan anak-anak. Ketiadaan pembantu rumah untuk membantu kita menguruskan hal-ehwal anak-anak, juga antara faktor munasabah isteri memilih untuk menjadi suri. Pendek kata, alasan kita berbeza mengikut individu. Keperluan kita juga berbeza mengikut keperluan peribadi, famili dan anak-anak. Tiada prasyarat layak sebenar-benarnya, yang wujud hanya kesediaan si isteri melepaskan jawatan, meninggalkan kelebihan-kelebihan lain semasa berjawatan. Itu sahaja. Sudikah kita melepaskan gaji lebat selama ini? Sudikah kita kehilangan masa mewah bersama teman-teman? Sudikah kita melupakan waktu rehat hari jumaat bersama teman, bersuka ria mengelilingi shopping mall? Sanggupkah kita menukar identiti 'career woman', kepada gelaran 'suri' yang tiada prestij? Segalanya berbalik pada kesudiaan diri kita sendiri. Jika tidak sudi atas alasan apa sekalipun, tiada sesiapa boleh menidakkannya. Pastinya, ia bukan satu pilihan yang mudah terutamanya jika kita menjawat jawatan tinggi, bergaji lumayan dan mempunyai kuasa di tempat kerja.

Walau bagaimanapun, saya boleh berkongsi tips bagi memudahkan proses ini dilakukan. Apakah terma-terma yang perlu dipenuhi oleh suami(jika mampu) dan boleh disyaratkan oleh isteri jika memilih keputusan ini. Matlamatnya jelas supaya kita sebagai isteri tidak dipandang remeh oleh suami, hanya kerana kita tidak makan gaji di luar. Suami tetap menghormati isteri dengan mengiktiraf keperluannya sebagai individu. Isteri tetap boleh terus berjasa kepada kedua orang tuanya walaupun memilih untuk bermajikankan si suami.
Antara syarat-syaratnya ialah;
# Suami harus memberi elaun bulanan kepada isteri. Elaun ini boleh ditafsirkan berbeza mengikut persetujuan bersama. Contohnya, tunai runcit keperluan anak-anak dan famili dicampurkan sekali dengan elaun isteri. Mungkin elaun isteri, tunai runcit dan belanja basah(ikan dan sayur-sayuran) boleh dirangkul bersama, dan terpulang pada isteri untuk mengagihkannya. Paling penting, ia dapat mengelak isteri berasa seperti 'pengemis' kerana menunggu tunai daripada suami untuk keperluan famili. Percayalah, ia memberi kesan emosi yang sangat negatif jika isteri tidak boleh memegang duit dan tidak diberi kepercayaan oleh suami untuk mengendalikan hal-ehwal domestik seperti ini.
# Suami mampu; boleh juga menghadiahkan elaun EPF pada isteri tersayang. Syaratnya, elaun ini harus dimasukkan secara berasingan oleh suami ke dalam akaun KWSP si isteri. Jumlahnya bergantung pada kesediaan dan kemampuan si suami. Isteri akan rasa seperti terus bekerja walaupun hakikatnya, dia hanya bekerja di rumah.
# Suami mampu; bonus, duit raya, pelarasan elaun dan segala jenis bentuk sagu hati boleh dihadiahkan pada isteri dan ia bersifat musim. Contohnya, bonus syarikat dibayar sebanyak 3 bulan dalam setahun, jika mampu ...mungkin sebulan boleh diberikan pada isteri. Isteri mungkin ada keperluan/kemahuan peribadi yang bermusim, contohnya membeli gelang emas sempena hari raya.
# Suami harus mengizinkan isteri memberi elaun kepada ibu dan ayahnya. Peruntukkan elaun ibu ayah mertua seharusnya datang daripada poket suami kerana isteri sanggup memilih untuk tidak bekerja demi keluarga tercinta. Redha ibu ayah mertua tiada beza dengan redha ibu ayah sendiri. Oleh itu jika mampu dan demi bersifat adil pada kedua-dua belah keluarga, berikan semampu dan seadil mungkin. Isteri sangat berbesar hati jika suami berakal mampu melihat isu ini dari sudut berbeza. Hilang beban untuk merasionalkan tindakannya berhenti kerja kepada ibu ayah yang menyaranya ke sekolah, jika suami sanggup berlaku adil pada perkara seumpama ini.
# Suami perlu menghormati keperluan isteri sebagai individu. Walaupun isteri memilih untuk bekerja di rumah, menjadi pembantu setia suami dan anak-anak, tetapi hormatilah masa lengangnya. Ia bukan hanya tertakluk pada masa telenovela di rumah, tetapi keperluannya bersosial di luar rumah. Izinkan isteri untuk ke kelas mengaji, seumpamanya. Benarkan dia mempunyai kawan-kawan sendiri dan hormati masanya bersama rakan sekiranya ia tidak memberi kesan negatif pada keluarga. Walaupun tidak lagi bekerja, isteri dapat merasakan dirinya masih seperti dahulu, tetap mempunyai kawan-kawan dan tidak dikongkong oleh suami.
# Beri kebebasan pada isteri untuk memutuskan perkara yang melibatkan isu-isu domestik. Kebebasan membuat keputusan oleh isteri adalah satu bentuk kepercayaan yang diberikan oleh suami. Ia sangat bermakna pada isteri. Kuasa isteri membuat keputusan boleh ditafsirkan sebagai 'partner' dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Isteri akan menjadi lebih bertanggungjawab apabila diberi kuasa oleh suami. Isu-isu domestik ini boleh melibatkan hal-ehwal anak-anak sekolah, isu kekeluargaan dan saudara mara.
# Seboleh mungkin, jadikan isteri kita self-sufficient. Isteri yang tidak bergantung secara fizikal pada suami, lebih mudah bergerak ke sana sini demi menunaikan tanggungjawab keluarga. Kemahiran ini perlu ada dan dididik pada setiap isteri yang memilih untuk menjadi suri sepenuh masa. Sifat kebergantungan yang keterlaluan pada suami membuatkan isteri 'cacat' dalam melicinkan tugasnya di luar rumah.
# Raikan hobi atau kesukaan si isteri. Benar, isteri adalah milik suami tetapi dia juga adalah individu yang mempunyai citarasa tersendiri. Hormati hobi isteri itu tanpa meremehkannnya walaupun dia tidak lagi bekerja. Cuma jika ia melibatkan belanja yang besar dan suami tidak mampu, ambil jalan tengah yang mendamaikan. Jika isteri suka menghadiri kelas masakan, kelas menari, kelas menjahit...izinkanlah. Jangan dinafikan keperluannya berhobi hanya kerana dia memilih menjadi suri.
Ini antara tips-tips yang diamalkan oleh saya dan suami. Ia mungkin tidak sempurna keseluruhannya tetapi ini antara sebab mengapa saya masih bertahan bergelar seorang suri hingga ke hari ini. Identiti saya masih tidak jauh berbeza walaupun setelah bergelar suri. Saya masih seorang individu yang mempunyai hobi, kuasa, kemampuan fizikal dan sedikit kewangan tanpa "kelihatan' terlalu bergantung pada suami. Walaupun hakikatnya, saya benar-benar bergantung pada beliau.
No comments:
Post a Comment