Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Saturday, 4 September 2010

blog vs buku

Salam

Sejak dua menjak berjinak dengan dunia BLOG, kesimpulan yang aku dapat...
-ianya lebih kepada pengalaman peribadi yang dikongsi, idea-idea peribadi yang sifatnya terlalu sempit dan berbudaya.
-kebanyakkan peminat-peminat blog datang daripada mereka yang kurang membaca buku...hahaha, another generalisation, dengan itu pada saja yang ditulis oleh blogger...mereka akan sentiasa bersetuju tanpa ada persoalan terutamanya jika blogger terdiri drp mereka yang bernama.
-jika membaca buku, isu dikupas dengan sangat terperinci tapi didalam blog hanya cebisan maklumat yang tidak menyeluruh dan agak sukar untuk orang-orang yang membaca untuk terus bersetuju dengan pendapat peribadi blogger.
-peminat-peminat blog juga terdiri daripada rakan taulan yang dikenali, jadi agak sukar untuk mendapat pandangan telus sebagaimana forum diskusi dialam maya
-jika input-input blogger bersifat peribadi, blog-blog pengalaman dan pengembaraan adalah isu yang paling sesuai untuk dikongsi tapi bukan idea-idea abstrak yang memerlukan daya pemahaman yang tinggi dan mungkin menimbulkan banyak persoalan-persoalan lain.

apa kesimpulannya, blog adalah sebuah diari cyber yang mempunyai peminat-peminat tersendiri...
ironiknya, kita hanya perlu membaca dan menelan tanpa boleh berdiskusi....dengan itu idea, filosopi tidak sesuai untuk dipaparkan disini.

No comments: