Salam semua
Sudah agak lama anak sulung ini tidak bertanyakan soalan-soalan ajaib daripada mulut beliau yang seksis itu...heheheh
3 malam yang lepas, masa makan malam dia bertanyakan soalan yang buat ummi ini terpikir sejenak dan diakui ada benda yang ummi belajar dari soalan ringkas seperti itu. Soalannya: UMMI rasa bapa saudara nabi, abu talib akan masuk syurga atau neraka? Dia terlalu baik dengan nabi saw semasa hayatnya tapi cuma dia bukan islam, bagaimana agaknya keadaan dia?( Saya polish sikit bunyi soalan itu) Tiba-tiba saya teringat pada pembacaan saya tempohari dalam sebuah majalah, juga bertanyakan soalan yang sama tapi ia lebih memfokuskan pada ibubapa nabi saw.Apa jawapan anda semua?
Sekilas fikir saya teringatkan buku yang dibaca tempohari yang bertajuk TEUSDAY WITH MORRIE, seorang profesor sosiologi yang akhirnya mati disebabkan usia lanjut tapi mampu meninggalkan satu impak yang besar pada orang-orang lain dikelilinginya iaitu ilmu kehidupan. Saya rasa terkilan kerana orang sebaik beliau tidak diberi hidayah untuk masuk islam walaupun kehidupannya memberi sinar kehidupan pada orang lain, Dimanakah tempat beliau?
Setelah itu, pemikiran saya berterbangan pada buku yang saya tengah baca sekarang. Tentang kedaifan hidup manusia-manusia lain dibumi yang penuh dengan kebencian dan kemudaratan. Kehidupan yang amat melarat dan ketahanan yang cukup kuat untuk menyabung nyawa berbanding dengan orang-orang yang dirahmati kehidupan mereka.Bagaimana agaknya tuhan nak meletakkan kedudukan mereka nanti di sana?
Jawapan saya pada anak sulung ku itu, kita wajib percaya bahawa Allah itu maha ADIL DAN BIJAKSANA, semua ini adalah dibawah rahsia DIA yang AGUNG. Kita mungkin tidak akan paham dan tidak boleh belajar bagaimana untuk memahaminya. Pada pihak saya pula, saya rasakan sesiapa pun kita walau sebesar mana pun darjat kita disisi manusia lain, kita TIADA HAK untuk menghukum manusia lain atau seakan-akan mengetahui dimana kita akan berada, itu semua di TANGANNYA. Begitu juga dengan kesengsaraan yang kita rasa tak terbanding dengan kesengsaraan orang lain, antara kita tahu dan tidak saja.
No comments:
Post a Comment