Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Sunday, 7 November 2010

self validating?

Salam semua

Sebenarnya....terkilan dengan komentar sesorang yang dikenali penuh dengan elemen positif dalam diri beliau.

Agak pelik sikiranya, ada orang tak bersetuju dengan kita...tanpa sekilas fikir, kita menghukum orang lain dengan perkataan negatif? Dimanakah elemen positif yang sentiasa dia war-warkan sebelum ini? Tidakkah kita boleh lihat kepositifan dari ketidaksamaan pendapat dalam bentuk yang lebih bermakna , contohnya untuk menambah kefahaman tentang sesuatu isu. Kita bukan berdiskusi tentang hukum matematik, yang mengundang persetujuan 100% daripada kawan baik lawan. Kita berdiskusi tentang ILMU KEHIDUPAN yang tidak ada benar atau salah, kenapa terlalu sukar untuk menerima pendapat orang lain yang tidak selari dengan kita?

OK...itu topik yang saya nak kupaskan disini, self-validating ....bahaya! jika kita ingin/angan semua orang yang berlainan akal, budaya, latarbelakang untuk setuju dengan kita 100%. Jika apa yang dikongsi menentang arus pembawanya, kita akan dihukum tanpa belas kasihan tanpa mahu bertanya dan memahami...positif sangatkah orang begini dalam mengSAHkan apa yang ditulis itu bersesuaian dengan semua orang? Dimana letak titik berdiskusi jika kita terus menghukum? ADAKAH dengan peratusan BERSETUJU itu mengiktiraf diri kita diterima umpama self-validating? Perlu sangatkah orang lain bersetuju dengan kita utk rasa diri kita DITERIMA?....jika tidak, kenapa....pernah dengar perkataan mutual disagreement, we agreed not to agree...hahaha

No comments: