Salam
Mana perginya penghuni blog ini? Lama menyepi...tok, tok, tok, anybody home? Saya masih di sini tetapi tiada masa, tiada ruang untuk menitip. Tambahan lagi dengan keadaan fizikal badan yang sering tergganggu, semput di awal usia 40an, tidaklah berapa sedap bunyinya, kan!
Tajuk pelik sket, defining moment..... Beberapa kali saya terjumpa istilah ini dalam petikan artikel yang pernah dibaca atau dalam drama barat yang pernah saya tonton di kaca tv. Apakah maksud sesuai dalam bahasa? Saya masih gagal mencari...mungkin, "masa bermakna"? Dalam banyak situasi yang cuba digambarkan oleh petikan mahupun cereka yang pernah ditonton, ia membawa maksud "penemuan amat mendalam" dalam kehidupan seseorang. Ia tidak selalu berlaku, adakalanya ia perlu dicari, adakalanya ia perlu difikir, adakalanya ia perlu diimbas supaya "penemuan" itu lebih mendatangkan makna.
Apa kata saya mulakan dengan contoh, mungkin lebih mudah untuk menghayati tajuk pelik pada kali ini.
Dalam sebuah artikel yang pernah saya baca, seorang lelaki berminda serabut sedang menghirup secawan kopi di sebuah kedai minum kopi berjemana, mungkin Starbuck. Dalam keriuhan orang-orang keliling, merungut itu dan ini, tiba-tiba dia terpandang seorang ibu dan seorang anak cacat berkerusi roda memasuki kedai tersebut. Dalam kepayahan, ibu berusaha keras mencari tempat kosong dan memastikan anaknya dapat duduk dengan selesa sambil mengesat peluh di dahi anaknya. Lelaki ini masih sedang menghirup kopi "tersedar" apa makna di sebalik kasih sayang seorang ibu. Apalah bandingan kesusahan dirinya berbanding dengan seorang ibu yang mempunyai anak cacat. Ibu tersebut mempunyai 1001 alasan untuk merungut tentang kesusahan beranak seorang cacat seperti anaknya, tetapi kasih sayang mengelabui pandangan seorang ibu. Di manakah kita dalam situasi ini? Apalah sangat yang hendak dimarahkan, nak dirungutkan padahal kita masih mempunyai kaki dan tangan, tidak memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Ok...berhenti, itulah maksud "defining moment" yang saya maksudkan di awal tadi.
No comments:
Post a Comment