Salam
Umi, "Cubalah mengalah dengan adik, abang kan dah besar."
Anak sulung membungkam tanda protes, "Asyik-asyik A saja yang kena mengalah!!"
Umi, "Mengalahkan amalan mulia, elak daripada bersengketa sesama adik-beradik."
Anak menjawab, "Kalau asyik mengalah, sampai bilalah saya takkan menang dan sampai bila-bila orang takkan tahu dia salah?"
Google image |
Here we go, he got a brilliant point over there!
Kualiti mengalah ini baik jika dilihat secara kasar, bak kata-kata orang bijak, "Mengalah bukan bererti kalah", tetapi betul ke? Hehehe. Bagaimana dengan pengalaman kita mengalah hingga dipijak kepala, emak pijak kepala anak, suami pijak kepala isteri, abang pijak kepala adik, adik pijak kepala kakak? Betul, mengalah bukan bererti kalah, mengalah juga bukan bererti menang tetapi mengalah bermaksud menanggung bebanan sakit jiwa jika ia berlarutan sekian lama! Tidak berani bersuara kerana bimbang dicop sebagai laser, kurang ajar, kurang adab dan lebih teruk kurang akal. Isu ini membuat saya terfikir, mengalah yang bagaimana harus kita promosikan pada diri sendiri, mungkin juga pada anak-anak supaya kita tidak dilihat lemah kerana kualiti mengalah yang berlebih-lebihan.
Perbuatan mengalah membawa pelbagai perspektif berbeza kepada si penerima. Ada yang beranggapan kita tidak cukup sumber, bilamana masing-masing hendak menunjuk kekayaan diri sendiri. Awak tukar langsir, dia tukar langsir. Awak tukar kereta import, kita pun harus tukar kereta import. Jika kita memilih untuk mengalah daripada sudut begini, walau apapun orang beranggapan pada kita, ia adalah satu perbuatan mulia! Risaukah kita jika orang tahu kita tidak cukup sumber? Pasa saya, ia jauh daripada isu risau kerana memang benar pun, sumber kita di dunia ini terhad! Siapa berani menafikannya! Bayangkan pula situasi bilamana pekerja pejabat membentangkan kertas projek tetapi ideanya dicilok oleh staf lain dan diakui hak miliknya. Dia bukan sahaja mendapat kredit daripada usaha mencilok tetapi bonus tahunan syarikat juga menjadi rezekinya. Perlukah kita mengalah dalam situasi sebegini? Perlukah kita amalkan filosopi "mengalah bukan bererti kalah" selamanya, atau kita pasang strategi untuk mengubah keadaan.
Kualiti assertive tidak popular di dalam budaya kehidupan orang-orang melayu. Tidak terjumpa terjemahan positif yang boleh diceduk secara lansung untuk menerangkannya dalam bahasa kita, selain daripada perkataan mendesak, terburu-buru atau mungkin agresif (ia lebih bersifat neutral). Jangan terkejut jika di luar negara, kualiti ini diajar secara ilmiah dan terbuka di dalam mana-mana kursus pembangunan manusia dan banyak artikel seumpama ini terdapat di laman sesawang jika kita berminat. Walaupun begitu, janganlah pula mengamalnya di tempat-tempat tidak sesuai. Usah diajar kualiti ini pada anak-anak jika bertandang ke rumah tetamu, ada pula yang akan dihalau dengan penyapu! Hahaha.
Langkah pertama untuk mahirkan kualiti baru ini dalam kehidupan ialah dengan bercakap TIDAK pada diri sendiri. Usah bimbang dengan orang lain, latih diri untuk bercakap "tidak". Setelah mahir boleh digunakan pada orang lain, contohnya jika orang menyuruh kita datang menggantikan dirinya dalam kursus tanpa alasan munasabah, katakan tidak! Jika suami menyuruh siisteri bangun tidur dan memasak mee kari pada jam tiga pagi, katakan tidak! Walaupun begitu, gunakanlah kewarasan yang ada, jika pilihan mengalah melebihi nilai daripada bersikap assertive, teruskan mengalah. Jika kualiti assertive melebihi nilai mengalah, jangan rasa bersalah untuk bercakap tidak!
Hampir pada penghujung tulisan ini, baru saya tersedar mengapa sesetengah daripada kita ternyata kurang nilai "common sense" yang perlu diamalkan dalam hidup seharian. Tiada proses timbal balik dalam fikiran, mengalah atau perlu berkerat rotan semata-mata hendak menunjukkan kita betul(negatif assertive), sedangkan kita tahu persepsi betul atau salah hanya sebuah label bergantung pada si pemikir. Tidak mudah untuk belajar menjadi waras, perlu ada ilmu dan pengalaman hidup yang luas supaya perbuatan kita berpasak pada nilai tambah yang betul. Sama-samalah kita berusaha ke arahnya.
Akhirkata, saya tinggalkan persoalan ini pada semua. Fikir-fikirkan!
No comments:
Post a Comment