Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Wednesday, 10 November 2010

BILA anak bertanya

Salam semua

Sudah agak lama anak sulung ini tidak bertanyakan soalan-soalan ajaib daripada mulut beliau yang seksis itu...heheheh

3 malam yang lepas, masa makan malam dia bertanyakan soalan yang buat ummi ini terpikir sejenak dan diakui ada benda yang ummi belajar dari soalan ringkas seperti itu. Soalannya: UMMI rasa bapa saudara nabi, abu talib akan masuk syurga atau neraka? Dia terlalu baik dengan nabi saw semasa hayatnya tapi cuma dia bukan islam, bagaimana agaknya keadaan dia?( Saya polish sikit bunyi soalan itu) Tiba-tiba saya teringat pada pembacaan saya tempohari dalam sebuah majalah, juga bertanyakan soalan yang sama tapi ia lebih memfokuskan pada ibubapa nabi saw.Apa jawapan anda semua?

Sekilas fikir saya teringatkan buku yang dibaca tempohari yang bertajuk TEUSDAY WITH MORRIE, seorang profesor sosiologi yang akhirnya mati disebabkan usia lanjut tapi mampu meninggalkan satu impak yang besar pada orang-orang lain dikelilinginya iaitu ilmu kehidupan. Saya rasa terkilan kerana orang sebaik beliau tidak diberi hidayah untuk masuk islam walaupun kehidupannya memberi sinar kehidupan pada orang lain, Dimanakah tempat beliau?

Setelah itu,  pemikiran saya berterbangan pada buku yang saya tengah baca sekarang. Tentang kedaifan hidup manusia-manusia lain dibumi yang penuh dengan kebencian dan kemudaratan. Kehidupan yang amat melarat dan ketahanan yang cukup kuat untuk menyabung nyawa berbanding dengan orang-orang yang dirahmati kehidupan mereka.Bagaimana agaknya tuhan nak meletakkan kedudukan mereka nanti di sana?

Jawapan saya pada anak sulung ku itu, kita wajib percaya bahawa Allah itu maha ADIL DAN BIJAKSANA, semua ini adalah dibawah rahsia DIA yang AGUNG. Kita mungkin tidak akan paham dan tidak boleh belajar bagaimana untuk memahaminya. Pada pihak saya pula, saya rasakan sesiapa pun kita walau sebesar mana pun darjat kita disisi manusia lain, kita TIADA HAK untuk menghukum manusia lain atau seakan-akan mengetahui dimana kita akan berada, itu semua di TANGANNYA. Begitu juga dengan kesengsaraan yang kita rasa tak terbanding dengan kesengsaraan orang lain, antara kita tahu dan tidak saja.

Sunday, 7 November 2010

self validating?

Salam semua

Sebenarnya....terkilan dengan komentar sesorang yang dikenali penuh dengan elemen positif dalam diri beliau.

Agak pelik sikiranya, ada orang tak bersetuju dengan kita...tanpa sekilas fikir, kita menghukum orang lain dengan perkataan negatif? Dimanakah elemen positif yang sentiasa dia war-warkan sebelum ini? Tidakkah kita boleh lihat kepositifan dari ketidaksamaan pendapat dalam bentuk yang lebih bermakna , contohnya untuk menambah kefahaman tentang sesuatu isu. Kita bukan berdiskusi tentang hukum matematik, yang mengundang persetujuan 100% daripada kawan baik lawan. Kita berdiskusi tentang ILMU KEHIDUPAN yang tidak ada benar atau salah, kenapa terlalu sukar untuk menerima pendapat orang lain yang tidak selari dengan kita?

OK...itu topik yang saya nak kupaskan disini, self-validating ....bahaya! jika kita ingin/angan semua orang yang berlainan akal, budaya, latarbelakang untuk setuju dengan kita 100%. Jika apa yang dikongsi menentang arus pembawanya, kita akan dihukum tanpa belas kasihan tanpa mahu bertanya dan memahami...positif sangatkah orang begini dalam mengSAHkan apa yang ditulis itu bersesuaian dengan semua orang? Dimana letak titik berdiskusi jika kita terus menghukum? ADAKAH dengan peratusan BERSETUJU itu mengiktiraf diri kita diterima umpama self-validating? Perlu sangatkah orang lain bersetuju dengan kita utk rasa diri kita DITERIMA?....jika tidak, kenapa....pernah dengar perkataan mutual disagreement, we agreed not to agree...hahaha

Tuesday, 26 October 2010

Hi , dah lama tak menulis....

JUst finished one book about life expereinced of one sociologist, prof morrie...very touching, very real....

Wednesday, 8 September 2010

terlebih DOS self-esteem?

hi

Semakin banyak kita mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan self developement, kita akan sampai satu titik pemahaman bahawa...segala tindak tanduk kita, cara kita berkelakuan dan cara kita berfikir adalah sangat sesuai dengan anjuran agama, iaitu BERSEDERHANA.

Begitu juga saya rasakan apabila masuk dalam isu self esteem dalam diri sesorang. Antara anak-anak yang ada masalah low self-esteem, jelas kelihatan wataknya yang sangat berbeza...malu, tak berkeyakinan, rasa diri kekurangan, rasa diri tak sebaik orang lain....juga cabaran untuk kita menanganinya. Bayangkan pula jika anak berkelakuan sebaliknya, dalam makna terlebih dos self-esteem, kelakuan dia akan bertentangan dengan masalah yang pertama tadi....dia jadi kurang malu, terlalu berkeyakinan, rasa superior berbanding orang lain dan sentiasa ingatkan pengesahan dalam bentuk apa sekalipun. Kedua-duanya adalah kecendurungan yang ekstrem dan tidak selari dalam penbentukkan diri manusia..Jadi apa peranan kita sebagai mak ayah:...

http://www2.scholastic.com/browse/article.jsp?id=3747692

A Classroom Full of VIPs

Of course, you are working with children who have already been raised in a self-esteem world. They may think that they deserve recognition regardless of how they perform, and believe they should be considered first. Kids who act out don’t have poor self-esteem, says Twenge. Instead, they often think that they’re the most important person in the room and that everyone else is getting in their way.
    When a child is disruptive, you need to figure out why the child is acting that way and work with them to fix it. William Ricks, a teacher in Sussex, Virginia, asks his students to walk with him in the hall to talk with them about their behavior. “I try to find the root of their attitude,” says Reid, “and then I talk to them about humility.” Addressing students’ needs is crucial for behavior and academics. Once students’ “social and emotional needs are met,” says Bernstein, “they will be more likely to work harder.”
    Focusing on praise and avoiding riticism makes everybody feel good. But children who have high self-esteem may become rude and uncooperative when they’re criticized. Still, “don’t try to
protect students from failure,” says Jennifer Crocker, Claude M. Steele Collegiate Professor of Psychology at the University of Michigan. Instead, when we make failure a learning experience and not a threat, the student’s self-esteem isn’t on the line, and they’re more open to taking constructive criticism.
    Young children are naturally narcissistic, and teaching them self-esteem keeps them focused on themselves, instead of thinking about others. “Narcissism separates you from other people,” says Twenge, while true “self-esteem brings you into connection with other people.” In the long term, narcissism has been linked with aggression and poor relationships, while connecting children to other people has a positive affect on behavior. And, says Crocker, children learn more when they’re supportive of others.
    More important than self-esteem, says Weissbourd, is a child’s maturity, or the ability to be aware of other people, coordinate other people’s needs with their own, and regulate intense feelings. By rewarding our students’ social successes, such as helping their peers, being good community members, and listening, we increase their genuine self-esteem and improve their behavior. Allowing children to help around the classroom, says Brooks, increases their “realistic self-esteem [because children are] making a positive difference in the life of someone else.”
    Walsh has worked with students who have inflated egos and no sense of responsibility or respect. Too much self-esteem, he says, “creates a sense of entitlement. I’m not saying that children don’t need reinforcement, but you have to make sure that you develop a realistic, practical, and consistent behavior plan.” When we focus on building students’ self-control, sense of belonging, and competence, we create more self-esteem than we do if we dole out constant praise. “Genuine self-esteem,” says Shindler, is “a set of unconscious self-beliefs, formed over a lifetime, reflecting our perceptions and abilities, our ability to love, and how we attribute causality for the events in our lives.” 

Restroom Revelations: Idealistic Thinking VS. Positive Thinking

Restroom Revelations: Idealistic Thinking VS. Positive Thinking

Saturday, 4 September 2010

blog vs buku

Salam

Sejak dua menjak berjinak dengan dunia BLOG, kesimpulan yang aku dapat...
-ianya lebih kepada pengalaman peribadi yang dikongsi, idea-idea peribadi yang sifatnya terlalu sempit dan berbudaya.
-kebanyakkan peminat-peminat blog datang daripada mereka yang kurang membaca buku...hahaha, another generalisation, dengan itu pada saja yang ditulis oleh blogger...mereka akan sentiasa bersetuju tanpa ada persoalan terutamanya jika blogger terdiri drp mereka yang bernama.
-jika membaca buku, isu dikupas dengan sangat terperinci tapi didalam blog hanya cebisan maklumat yang tidak menyeluruh dan agak sukar untuk orang-orang yang membaca untuk terus bersetuju dengan pendapat peribadi blogger.
-peminat-peminat blog juga terdiri daripada rakan taulan yang dikenali, jadi agak sukar untuk mendapat pandangan telus sebagaimana forum diskusi dialam maya
-jika input-input blogger bersifat peribadi, blog-blog pengalaman dan pengembaraan adalah isu yang paling sesuai untuk dikongsi tapi bukan idea-idea abstrak yang memerlukan daya pemahaman yang tinggi dan mungkin menimbulkan banyak persoalan-persoalan lain.

apa kesimpulannya, blog adalah sebuah diari cyber yang mempunyai peminat-peminat tersendiri...
ironiknya, kita hanya perlu membaca dan menelan tanpa boleh berdiskusi....dengan itu idea, filosopi tidak sesuai untuk dipaparkan disini.

Friday, 3 September 2010

belajar dah masih belajar

salam

Saya sentiasa dalam mood belajar...maksudnya, setiap hari kita akan terus belajar.
Belajar dari kehidupan dan pengalaman ataupun dari pengalaman orang lain, belajar dan terus belajar.

Banyak juga saya menceburkan diri dalam perbincangan cyber, samada dari segi ilimiah atau tidak tapi benda yang saya tidak faham sampai sekarang, bagaimana cara yang terbaik untuk melahirkan pandangan yang tidak selari dengan orang lain? Adakah kita bersalah sebab mempunyai pandangan yang berbeza tapi tidakkah dengan sentiasa bersetuju itu akan menyempitkan ruang explorasi pada idea-idea baru? Kenapa susah untuk kita menerima pandangan yang tidak selari dgn kita sebagai variasi dalam pendekatan dan pemikiran. Kenapa perlu MELABEL org yang tidak bersetuju dengan kita dengan persepsi yang negatif? Pengalaman individu berbeza dari banyak aspek tapi kenapa kita tidak boleh memahami perbezaan nyata seperti itu.

Sebagai contoh, anak-anak yang ada kebolehan dalam matematik, akan setiasa mengatakan matematik itu mudah untuk dia. Adakah dia BERHAK untuk membodohkan atau merendahkan orang lain yang tidak mempunyai kebolehan seperti dia? Selalu jawapan yang kita akan dengar, TIDAK patut! Tapi kenapa bila dalam konteks perbincangan atau diskusi melibatkan idea, kita tidak boleh menerima pandangan orang yang berbeza dengan kita? Kenapa bila perbezaan dari segi idea itu wujud, kita dengan mudah mengeluarkan kata-kata yang membayangkan pihak tersebut sebagai .....macam-macam.

Terasa sangat menjengkelkan jika kumpulan-kumpulan pendengar atau pembaca yang MENGIYAKAN segala jenis input yang diberikan walaupun input itu bersifat positif tapi tidak menyeluruh. Andaikata persoalannya mak/ayah tidak boleh memarahi anak-anak. Betul....kita mengiyakan tapi jika ada orang bertanya, benar ke...ada orang tak pernah kena marah terutamanya anak-anak? Marah yang bagaimana yang dilarang?..Adakah soalan-soalan itu membayangkan sipenanya seorang yang suka pukul anak? Malang sekali itulah yang berlaku, bukan kita kita tambah dengan ilmu-ilmu yang lebih bersifat holistik tentang isu marah yang diutarakan TAPI kita dituduh kejam sebagai "penyokong" isu marah pada anak2.

Secara personal, saya mula rasa bosan untuk mengikuti mana-mana diskusi ilmiah. Lebih baik saya baca buku ...sudah tentu saya cuma geleng kepala tanda TIDAK bersetuju tanpa rasa diri sebagai alien dan pemberontak pada idea-idea tidak menyeluruh yang dianjurkan atau tidak lansung praktikal utk dilaksanakan.

Wednesday, 25 August 2010

ini bukan satu KELUHAN

salam semua

sekian lama balik kenagara ku terchenta, makin tak paham dengan respon orang-orang keliling...ada yang mengiyakan, ada yang suka, ada yang cemburu dan tidak kurang pula yang menghina, mencebik dan merendahkan individu lain yang tidak sepertinya



hakikatnya dalam dunia nie, utk individu yang berfikir....apa-apa saja pilihan kita buat , kita akan berhadapan dengan kesudahaan yang berbeza...tidak kira apa pun pilihan kita, tetap ada kesudahan yang berbeza, jika semua memahami konsep ringkas dlm subjek akaun "opportunity cost" kenapa masih mempertikaikan kelebihan atau kekurangan org lain utk memilih apa yang terbaik utk diri dia, mungkin dengan situasi yang dialami...sukar benar ke utk memberi KEBEBASAN utk individu lain memilih....

lagi parah jika individu lain pula yang mempertikaikan pilihan org lain dlm mengemudi kehidupan dia dengan soalan yang terlalu "discreet" sifatnya...perlukah begitu? adakah kita sendiri yang bertanyakan soalan begitu dah terjamin akan kesahihannya?....atau kita sangat yakin dgn pilihan yg dipilih terhindar drp isu-isu yang kita sgt risau pada org lain?.....sekali lagi bukan niat utk MENGELUH cuma tidak berapa paham dengan cara individu berfikir....

jika kita gembira dgn pilihan kita, bagi KEBEBASAN utk org lain pilih apa yang dia suka selagi tak melanggar batas susila agama dan fitrah, beri mereka KEPERCAYAAN yang munasbah utk dia mengemudikan kehidupannya sendiri....out of curiousity, we can ask for explanation but please hold your comments on what they decide the best for them.....if they are well aware of the outcoming result, that's gud enuf and end the discussion.....thanks

Friday, 20 August 2010

asyik-asyik positif...asyik-asyik positif

salam semua...

dah lama tak meluahkan rasa dalam nie....
secara tidak lansung membaca buku dalam mendidik anak2 untuk jadi  manusia nie
banyak sangat terjumpa perkataan "positif"...tu positif, ni positif....penat jugak rasanya

sampai terfikir pula pada satu kebarangkalian...tidakkah banyak sangat positif akan membawa kepada keburukan?...takkan semua negatif, tidak satu pun membawa kepada kebaikan?...bagaimana dengan
skim insurans untuk memberi perlindungan pada individu?...bukankah idea itu datangnya dari kesinambungan pikiran negatif manusia?...hahahah....menarik ehh

negatif yang bagaimana membawa kepada kebaikan?....



negatif yang membendung kita daripada bergelumang dengan dosa?....akibat perbuatan tidak bermoral dan melanggar batasan agama...adakah dr sudut negatif itu juga dikatakan tidak baik?....anak-anak yang suka berjalan sorang diri dan melepasi kawalan mak/ayah di tempat awam....adakah patut kita beri dia idea-idea negatif yg menakutkan diluar sana?....PERLU atau TIDAK mungkin pemikiran negatif yang realistik utk mengelak benda-benda yang tak sepatutnya daripada berlaku...

bagaimana jika anak-anak yang kurang keupayaanya dalam bidang nyanyian, sekadar contoh....suara sumbang tapi sebab minat, kita berterusan meniupkan semangat pemikiran positif utk dia mencapai/menggapai pelangi tapi hakikatnya.....atau kita berikan dia petua-petua lain yang lebih realistik berdasarkan keupayaan dia utk menggapai bintang dilangit ...kelirukah kita?..atau kita kena lebih realistik bila bercakap tentang konsep pemikiran positif , paling tidak pd isu-isu yang berkecuali....

sapa setuju, angkat kening?

Monday, 12 July 2010

push or not to push

salam

tajuk lain macam, cuba tgk pada isinya pulak....

ada orang percaya pada pendekatan PUSH utk dapatkan keputusan yang cemerlang
dan ada yang lansung kata tak PERLU....bagaimana dengan kita semua?

hakikatnya dalam dunia nie, segala benda yg dibuat jika tidak dipaksa pada kemampuan yang maksima, hasilnya pun ala kadar....cuba lihat pada sejarah zaman kegemilangan empayar-empayar dahulu kala, semunya hasil daripada ketaksuban pemimpin dalam era tersebut untuk mencapai angan-angan mereka. Bagaimana jika pemimpin itu pun jenis ala kadar impiannya, adakah empayar itu akan membesar dan mencipta nama satu hari nanti hingga kini orang masih menyebut akan namanya.

Sebagai individu yang mendidik anak-anak yang masih kecil ini, kekadang terkeliru dengan tuntutan dunia sekarang. Perlukah kita letak sedikit tekanan pada anak-anak ini supaya mereka biasa dengan keadaan tersebut atau kita hanya biar mereka membesar dengan konsep que sera sera.

Thursday, 13 May 2010

ragam manusia

salam

lagi aku cuba nak paham manusia2 dikeliling aku nie
lagi pening aku dibuatnya....
lagi aku cuma nak elak daripada buat sebarang konklusi
lagi bengong aku dengan telatah mereka
lagi aku cuba nak memaafkan mereka dan terima mereka
seadannya dia....
lagi aku rasa cam takde pendirian
EGO kah aku?....ATAU tak paham2 dgn kerenah manusia nie

ntah2 org pon ucap benda yg sama bila bersama AKU

so mana titik kesimbangan antara kita dan manusia lain?
atau TITIK tu memang tak pernah wujud dalam perabadan dunia
munasabah jugak, sebab dunia nie sentiasa bergolak kerana EGO
org2 didalamnya....

so apa TUGAS aku sekarang....sedar tanpa perlu memahami
sedar dan cuba carik penyesuaian
sedar dan cuba lari dari keadaan tersebut
sedar dan cuma angguk2 dan geleng2

jawapannya yg aku dapat...ubah yg ada dalam likungan yg boleh dikawal

Sunday, 21 February 2010

tanggung dan jawab

mai kita sembang pasal tanggung dan jawab....

napa kita suka tanggung tapi tak suka jawab....
kita suka tanggung benda-benda besar dlm kehidupan..
baik kewangan, kehendak dan macam-macam tapi kita lupa
utk persiapkan diri utk menjawab...bila ditanya, adakah kita telah
laksanakan

kita nak tanggung jawatan besar, nampak gah dimata ramai
tapi gagal utk laksanakan dgn apa yg telah diminta...
kita ambil bahagian yg seronok dan kita tinggal bahagian yg duka
kenapa?......

lambat laun kita akan disoal jugak....masihkah boleh lari

Monday, 18 January 2010

Didik anak mewah dlm kepayahan

salam

anak-anak kita nie terlalu mewah dalam kehidupan harian dia
senang nak dapatkan itu-ini...takde rasa susah payah
mintak saja pasti dapat....sampai takde rasa MENGHARGAI
salah merekakah atau salah kita sebagai mak/ayah yang terus memberi...

byk pendapat mak/ayah yg kata, dulu masa dia TAK MERASA
so anak2 kena rasa supaya tak terkilan sepertimana dia dulu
mungkin btul juga, kalo dilihat dr perspektif mak/ayah tadi
tapi dr sudut yg lain, tidakkah anak2 akan rasa terlalu mua dgn benda yg bukan2
dia tak berapa suka tapi mak/ayah yang beriya-iya....sebab dia dulu tak merasa...
hakikatnya, sesapa saja....kalo disogok/dihadapkan dengan apa saja...dia akan muak
muak dan tidak menghargai....itulah sifat anak2 mewah sekarang nie

makan tak sedap, tolak ....minuman tak sedap, tolak
komplen dgn mak/ayah itu-ini..takde lansung rasa bersyukur
naik kete kecik, malu.....baju takde brand, pun malu
mana dia belajar nilai2 sebegini jika tidak dari rumah??...
apa yg kita nak terapkan dalam jati diri anak2 sebegini...
self-esteem terletak pada benda2 yg dia ada atau...apa yg dia pakai?
ditakdirkan, ekonomi kita jatuh terlingkup...bagaimana?...
self-esteem hilang, gara-gara tak mampu pakai kasut NIKE...?

kita bukan menolak kemewahan dan persekitaran anak2 kita membesar
kita MAMPU utk berikan yg terbaik pd anak2...tapi kena ingat MAMPU itu ada hadnya
yg terbaik pun jika melampaui batasan akan jadi keburukkan....jadi baiklah bersederhana
itulah yg diajar dalam agama...sederhana dalam berpakaian, makanan dan harta benda
paling tidak kita nak didik anak nie ada rasa kesyukuran dan latih sifat memberi
jika hanya menerima, sifat kesyurkuran akan terhakis dengan sendirinya...

jadi bila anak merungut, ingatkan nilai syukur dlm diri....
kita sendiri kena tunjuk rasa syukur depan anak2....bukan komplen semua tak kena
bermula dgn diri....insyaAllah

Sunday, 17 January 2010


salam

recently, i read about law of attractions....and the book called SECRET
buku yang bagus dan banyak persamaan dgn buku subconcious mind

it's a good book on how we shud stop thinking about negative things in daily life
and how we restraint ourselves from useless thinking that can lead to unhappy
and unsatisfied life....

selari dengan ajaran kita dalam agama, mengucap SYUKUR diawal pagi
untuk kesejahteraan sepanjang hari, jadi permulaan yang baik bermula
dengan NIAT dan ucap syukur ....
hi all

welcome to my blog

























hi all...selamat sejahtera

time for me to have my own blog...hehe
i will write about anything and something that concern me , my kids and my family
especially on human character...
so, plss join....if u have something to share with