Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Thursday, 30 June 2011

Mood swing

Salam

Well...again, i broke my own promise. Shame on me.

I have nothing in mind right now. For those who understand the blankness of the writer's mind, will also laugh at the promise i made to myself. I learn. Full stop.

You write when you feel like it. I just cannot forse myself into writing when i don't feel it. Then i understand the most valuable/priceless stuff for writer is an idea...ilham. In order to get to that ideas, your mind has to be opened and receptive to surrounding. And right now, my mind is blank..blank...and blank!

I should get back to my translation mode. Force practise. Hehe

Tuesday, 28 June 2011

Write....and write: LIfe is a bless!!

Hi all....

As i promised to myself, i have to write at least a page per day. Husshhh....so hard to be backed on track when i took a little daisy holiday on the weekend!

Nak tulis dalam bahasa hari ini. Kehidupan ini adalah satu rahmat buat kita. Tidak kira apa kondisi kita sekarang, sedih, suka, duka, gembila, takut, kecewa, sangsi; rasainya dengan kemanisan, kemasaman, kekelatan dan jangan lupa kesyukuran! Apa pun persepsi kita pada rasa-rasa itu, ia tetap satu pelajaran hidup yang mendewasakan kita. Bak kata cerdik pandai, kita tidak mampu merubah sesuatu yang berlaku ke atas kita tetapi kita boleh mengubah persepsi kita apabila melihata pada situasi tersebut.

Contoh, semalam aku menalifon adik yang tinggal di Kulim, dalam aura keseronokkan dia memberitahu aku " Ada berita sedih!", katanya. Ligat kepalaku memusing, sedih tapi suaranya gembira; itulah adik kesayangan aku, dia mampu mencari bahagia di mana saja." Tv di rumah kami dah rosak 3 hari" katanya masih dalam nada jenaka dan ketawa kecil. "Sekarang kami takleh tengok tv tapi tengok muka anak-anak, buat homework sekolah saja" masih rancak ketawa, laju saja butiran-butiran perkataan keluar daripada mulutnya. Itulah adik aku; sukar, sedih, kecewanya masih disulami dengan tawa ria di hujung talian seperti biasa. Kuat sungguh hati adik ku ini, aku sebagai kakak cuba meniup semangat padanya. "Kan bagus takde TV di rumah, ada quality time bersama anak-anak, rumah aku pun sama, bila malam anak-anak tak boleh tengok TV selagi tak siap solat isyak dan habis keje sekolah", kataku dengan harapan ingin menyokong kemogokkan TV di rumah adikku. Dia setuju dengan kata-kata aku tapi menambah, "2-3 hari mungkin quality time tapi bila masuk 7 hari, serabut time!!", berderai kami berdua ketawa. Dalam hati aku timbul rasa ingin bantu tapi bagaimana, dalam hati terdetik berdoa semoga peraduan Parkson aku tempohari
mendapat habuannya, LOA comes into action.



Pada adik aku, engkau terlalu tabah! Kesabaran ini akan sampai kepenghujungnya dan aku sebagai kakak tidak pernah melupakan keistimewaan mu sebagai seorang adik yang dikasihi. InsyaAllah, rezeki akan datang cuma percaya pada Nya. Amin.

Itulah sketsa adikku dengan tv di rumahnya. Cuba kita soroti sketsa itu dalam kehidupan seharian kita. Apa pun yang terjadi adalah di luar kawalan. Kita tidak mampu mengubah takdir yang dihadapkan kepada kita tetapi dengan mempunyai sudut pandangan yang  sedikit berbeza, kita boleh melihatnya dalam situasi yang berlainan dan otak kita juga akan memberi maklumat yang berlainan. Ia tidak mudah untuk dilaksanakan tetapi itulah kekuatan dan keunikkan manusia yang diberi akal oleh Allah swt. Kita boleh berterusan memilih untuk berasa sedih, kecewa, duka, sengsara tapi tanpa kita sedar, usaha itu sama saja jika kita memilih untuk senyum dan bersabar. Ntah la, aku sendiri tak tahu aku mampu atau tidak jika diuji olehNya.

Moga tuhan permudahkan kehidupan adikku dan kita semua. Amin.

Friday, 24 June 2011

Dilemma bersama introvert

Sambungan daripada thread yang lepas....

Sebelum aku menyambung artikel yang lepas, perlu aku ingatkan diri ini. Ini adalah blog aku sendiri. Maknanya, aku bebas menulis mengikut rentak bicara dan pengalaman aku sendiri. Jika ada yang tidak bersetuju atau rasa masam kelat, sila ke kaunter maklumbalas, kita akan bersambung di sana. Hehehe

Antara isu-isu yang selalu melengkari diri aku bila berkawan dengan introvert ialah:

1. They want to be understood but failed to behave at par as per social code. Knowing introvert, they have a lot in their mind but difficult to let it out of the brain in structured way. Most of them disappointed with their inability to make others understand and result to withdrawal themselves from social interaction. What they need is a space and time to make themselves more eloquent; and as an extrovert with knowledge of their lack, i learn to be patience with them even though it's like boiling myself. Hihi

2. They have a lot rules, if u dare to be their friend. Believe it or not! They are so anti-social but then they have bundle of dos and dons. Wanna be their friend means u have to agree to their pointless rules in life. For example, no phone call. They don't like to be engaged on the phone, you can call them up but for you to set an appointment. Hihi...Sometime i wonder when they need friend, they will call u and forget all about their rules especially when they are at turmoil. Well  my point is, all of us have our own set of rules in life but rules are rules and we are not robot that bound to that rules all the time, so be more empathy when people need you. Yes, we know you don't like to pick up the phone...so don't ever have one!Hihi

3.  Sharing information and feeling are not their forte, so they will keep everything beneath their skin. The best way to get to what they have, be it information or the latest news about sales in shopping mall is to ask them directly. I mean real direct such as , do you know where is the best seafood restaurant in town? Then you will get the answer. If you keep on playing with your words and hoping they will share the information, you can give a try. One of their most possible answer is "you don't ask me?" And yet they called themselves a listener and thinker. Hihi

4. They are quiet but not necessary a good listener. You may pour your heart  into them but don't expect to get a reasonable advice because they are too busy analysing the facts, and the dates, and the logic, and the truthfulness of your story and they tend to forget about everything that matters to you. Well, the same thing happen when you pour your heart into someone who is typical extrovert, you can't even finish the story because they are too busy to make their own stories instead. Either way, the art of listening is for everybody to learn and master. So please, don't claim yourself as a listener just because you are introvert. Get it!

5.  "Hati kering"...what is the exact vocab for this in english? They are heartless. I learn this in a very hard way through my experience with friends and family members. Still , they are always look good in the eyes of others because their lack of verbal ability to come clear, straight forward conversation and they love so much to put things underground. It is good to avoid confrontation then, that's what they believe in. We extrovert loves confrontation...well if it clear the air, no reason not to. So when they refuse to come forward, they would rather choose the abnormal/unusual way to escape themselves from being liable to whatever they engaged to.
Somehow the option that they choose, it's so hurtful and selfish to others. Again, they are still looking good to outsiders, don't worry. For those who has that experiences, don't alarm with this statement. We make an effort to understand them and protect ourselves from being hurt from time to time.We learn and we adapt.

Cukuplah itu saja luahan perasaan aku untuk topik ini. Aku masih belajar untuk mengimbang kualiti-kualiti yang ada pada diri ini. Self-acceptance adalah satu topik yang sangat luas untuk difahami bagitu juga dengan self-developement, jadi kita semua masih tertakluk pada dua kumpulan ilmu ini untuk berterusan memperbaiki diri.

Perang introvert vs extrovert

Salam semua

Semoga kita semua mendapat rahmat di pagi Jumaat yang indah ini. Amin.

Masih berlegar-legar pada isu yang sama, mungkin kerana keasyikkan aku membaca Psychology Today sejak akhir-akhir ini. Walau bagaimanapun isu yang aku pilih ini tidak pernah bosan diperkatakan. Manusia senantiasa suka berbincang apa pun yang ada kena mengena dengan mereka. Begitu juga dengan isu ini.

Agak kronik apabila mereka yang bersifat introvert memarahi extrovert kerana tidak memahami mereka. Extrovert pula menggelarkan introvert anti-social dan sombong kerana terlalu dalam dunia mereka. Tidak kurang juga para introvert menggelarkan diri mereka thinker kerana kecenderungan mereka berfikir sesuatu dengan mendalam. Berkemungkinan para psikologi mentertawakan kita semua, para ilmuan turut menggeleng kepala bila rakyat marhein seperti kita berbincang tentang isu ini. Sudah  tentunya tanpa segan silu kita memilih kumpulan yang kita wakili samada introvert ataupun extrovert. Memilih satu hal, mungkin rasa dia tidak keseorangan dalam isu ini, mungkin juga perasaan tidak puas hati tentang isu ini telah lama terpendam. Jadi inilah masanya untuk membalas dakwaan mereka yang tidak memahami itu. Walau apa pun tujuan pemilihan itu dibuat jika  tanpa ilmu dan memberi komen-komen bersifat prejudis sesama kita, bukan sahaja membawa kepada agenda permusuhan tetapi menyekat diri untuk terus memahami dan belajar. Alangkah ruginya!

"Kenapa awak ini anti-social, tak suka ke majlis?", tanya seorang kawan extrovert.
"Saya bukan anti-social, saya suka bersosial tetapi bukan dalam kumpulan yang ramai", jawab introvert.

"Awak macam puppet bercakap tidak berhenti", kata kawan introvert.
"Bercakap membuat saya bertenaga dan ramai kawan, bukan macam awak...sombong!" jawab extrovert.

"Boleh tak jawab talipon tu, ia berdering tanpa henti", kata seorang ibu extrovert.
"Orang tu bukan kawan saya, dia tentu nak cakap dengan umi", jawab anak introvert.

"Saya kesian anak kita tak ada kawan di sekolah", kata seorang isteri pada suaminya.
"Jangan risau sayang, dia OK..dia macam saya, we don't actually need a lot of friends like you", balas sisuami.

Bersuamikan intovert dan anak-anak introvert, benar-benar menguji kesabaran aku sebagai seorang umi. Bila badan penat, otak berasap, hilang segala ilmu untuk memahami. Perkara yang paling asas aku pinta ialah belajar menjadi manusia yang boleh dibawa ke tepi dan ke tengah. Oleh itu, walau apa pun gelaran yang diberikan pada kecenderungan introvert atau extrovert, tidakkah lebih baik jika ia diseimbangkan. Bukankah itu cabaran pada kita semua di dunia ini? Pada mereka yang bercakap tanpa henti, harus belajar pula untuk lebih mendengar. Pada mereka yang sunyi tanpa suara, juga harus belajar untuk diterima dalam kelompok manusia lain terutamanya di tempat kerja, belajar untuk senyum, paling tidak! Pada mereka yang suka sangat berkawan dan mengikut tanpa arah tuju, harus belajar untuk mengekang keinginan tersebut dan belajar untuk mencari keseronokkan dari dalam diri. Jadi jika kita faham bahawa kecenderungan yang terdapat dalam kedua-dua ciri tersebut harus dibentuk, diuli, dibaja dan dikeluarkan daripada kepompong asalnya, kita semua terdedah pada kebarangkalian untuk membangun secara menyeluruh. Kualiti kurang, kita tambahkan. Kualiti meruah-ruah, kita cantaskan agar kualiti-kualiti yang kita ada ini boleh dimanfaatkan di mana saja situasi yang memerlukannya.


Pada mereka yang masih belum memahami, saya ingin bertanya. Apa guna Prof. Convey dalam bukunya 7 Habits of Highly Effective People itu terjual berjuta-juta salinan di pasaran jika beliau tidak faham tentang kroniknya masalah orang introvert dalam kehidupan? Saranan beliau, kita kena belajar menjadi pro-active adalah antara nasihat yang sangat berguna pada mereka yang berkecenderungan introvert. Sedangkan saya yang extrovert ini pun merasakan nasihat ini amat pratikal dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan saranan demi saranan pada golongan extrovert untuk menjadi pendengar yang lebih baik, bukankah itu satu cabaran pada mereka untuk belajar dan cabar diri keluar daripada kempompong. Ia tidak mudah tetapi itulah yang terkandung dalam ilmu berkaitan self-developement, stracthing your ability to the fullest.


Pendek kata, mendalami ilmu-ilmu berkaitan individu bukan niat memberi keselesaan supaya kita berterusan menyorok di dalam kepompong untuk selamanya. Pengetahuan dan kesedaran itu harus selari supaya kita terus belajar ilmu-ilmu baru dan cuba seimbangkan kecenderungan yang dimiliki. Pesanan untuk diri sendiri, di hari jumaat.

Thursday, 23 June 2011

Bersederhana

Salam semua

Isu menarik hari ini, menarik pada saya tentunya! Bersederhana.

Setiapkali menjengah FB, melihat komen kawan-kawan dalam itu, membuat kepalaku ligat berpikir.
Ligat berpikir dengan komen-komen yang sifatnya terlalu menjurus pada sesuatu sudut. Jangan stress, jangan sedih, jangan murung, mesti positif, mesti tenang, mesti relaks. Orang lain bagaikan tiada masalah menghadam input-input seumpama itu tapi aku? Aku antara seratus yang ada masalah.


Apa maknanya kehidupan jika segala keperluan dan kehendak kita, tersaji di depan mata, antara kata-kata hikmah yang selalu orang ucapkan untuk meredakan kerisauan hati sendiri. Bila kita mendalami makna kehidupan, pendekatan sederhana adalah cara terbaik untuk dipraktikan. Samada kita CEO syarikat multinational, pegawai kerajaan, agen penyiasat Smith seperti dalam kisah Matrix, cikgu sekolah mahupun penganggur; pendekatan bersederhana dalam apa jua yang dilakukan adalah syarat yang menjaminkan kerukunan kehidupan seseorang, ia bagaikan fitrah pada kejadian kita di bumi. Siang bergandingan dengan malam, hujan bergandingan dengan kemarau, panas bergandingan dengan sejuk dan jika mana-mana kejadian itu melampaui fitrahnya, maka akan ada yang menanggung sengsara. Atas paksi kefahaman yang sama, saya cuba soroti perjalanan kehidupan ini.

Sedih, suka, duka, gembira, bersemangat adalah rencah seperti asam garam yang memperisakan kehidupan. Bagaimana mungkin kita menafikan perasaan tersebut atas motto apa sekalipun kita pegang, antaranya kita seorang berfikiran positif, kita berdaya maju, kita seorang yang berjaya atau apa saja. Bila kita menolak semua elemen itu dalam diri seseorang umpama kita menolak fitrah kejadiaan manusia itu sendiri, apakah kita bukan manusia yang mempunyai fitrah? Apa fitrah manusia? Lapar, dahaga, takut; adakah realistik jika kita menasihati seseorang bersedih dengan kehilangan seorang ahli keluarganya dengan berkata, jangan bersedih? Kenapa dia tidak boleh bersedih jika kehilangan orang yang disayangi? Ini melanggar fitrah namanya kecuali jika kita memang membenci seumur hayat orang itu. Apa yang saya cuba ketengahkan disini ialah, apa pun perasaan kita pada waktu dan ketika ini, rasakan dan nikmati sepuasnya. Jika perlu menangis, menangislah sepuasnya selagi ia tidak menaganggu ketenteraman awam. Saya tidak sarankan kita menangis sambil membuang barang dan melemparkan pada orang-orang dikeliling kita, itu bukan fitrah! Apa yang saya cuba jual di sini ialah idea tentang bebanan emosi individu tidak seharusnya kita benamkan ke lubuk jiwa dengan harapan ia akan hilang. Ia mungkin tenggelam tapi tidak akan hilang, realitinya ia akan terus membungkam dalam dasar hati yang paling dalam dan berterusan berada di situ untuk satu ketika dan ia akan timbul semula. Bebanan emosi yang tidak tertahan ini akan membawa pada malapetaka "amuk" yang sangat terkenal dalam kehidupan orang-orang melayu kita.

Jadi satu persepsi yang sering kita salah faham bila melibatkan emosi manusia ini ialah, budaya kita tidak mengiktirafkan kebebasan untuk menzahirkan emosi tersebut. Kita selalu disogokkan dengan idea-idea bahawa mereka yang stress ini tidak harmoni perjalanan hidupnya, tidak disukai, tidak dihormati, tidak dipandang tinggi dalam peradapan manusia moden. Kita lupa bahawa tekanan emosi pada sesuatu ketika dan tempat amat membantu kita dalam menghadapi suasana tertentu (perlu tajuk lain untuk dibincangkan). Jadi pada amatan saya, bukan semua tekanan itu akan membawa malapetaka dan mengundang kebencian orang di keliling kita. Paling penting bagaimana kita menguruskan tekanan emosi tersebut, bagaimana meminimumkan kesannya pada orang keliling. Bukan dengan cara tidak mengiktiraf kehadiran dan kepentingannya, seolah-olah ia kuman pembunuh manusia. Antara lain, di kalangan psikologis juga menyatakan "the right amount of stress will make people more productive", ada orang jadi lebih cemerlang bila berada dalam keadaan tekanan. Jangan lupa satu lagi fakta penting, tekanan juga antara faktor kenapa intan berlian boleh dijumpai di dalam perut bumi. Tekanan luar biasa yang wujud di dalamnya.

Akhir kata, saya petik kata Prof Morrie dalam buku tulisan Mitch, Tuesday with Morrie; bersedihlah bila perlu bersedih, paling penting bagaimana kita bangun daripada kesedihan itu. Masalahnya jika kita pilih bersedih tanpa ada expiry date. At this point the power of positive thinking is absolutely POWERFUL.

wassalam

Tuesday, 21 June 2011

Introvert vs Extrovert

Salam semua

Definasi awal teori ini dipelopori oleh seorang psikologis Eropah bernama Carl Yung dari Switzerland. Atas usaha beliau memahami tingkahlaku manusia, teori ini membahagikan kecenderungan individu pada kumpulan besar iaitu dinamakan introvert dan extrovert.

Secara ringkasnya, individu yang bergelar atau dikategorikan sebagai introvert ini mempunyai sikap yang bertentangan dengan kualiti extrovert.Antara sikap itu ialah suka bersendirian, gemar mendengar, tidak sukakan majlis yang melibatkan kumpulan yang ramai, berfikir sebelum bertindak mahupun bercakap, gemar menjadi pengikut, bertenaga bila bersendirian, sukar didekati kerana selalu disalah sangka sebagai sombong, tidak mesra.
Manakala extrovert ialah seorang yang suka berbual, mudah berkawan, sukakan majlis, gemar menjadi ketua sesuatu kumpulan, bercakap tanpa fikir dan mudah didekati oleh sesiapa saja.
Disebabkan perbezaan yang agak ketara ini, mudah untuk kita mengenali mana-mana saja individu yang mempunyai kecenderungan samada dia seorang introvert atau extrovert.

Pengalaman peribadi aku bersuami dan mempunyai anak bercirikan introvert ini, membuka akal fikiran betapa kayanya Tuhan dengan segala nikmat yang diberikan kepada aku, supaya aku belajar dan menghargai kualiti-kualiti orang lain yang berada dikeliling kita. Sebagai individu yang bercirikan extrovert, aku bingung dengan kelakuan suami dan anak, anti-sosial -gelaran yang aku berikan kepada mereka.

Demi memahami kelakuan mereka yang memeningkan diriku, aku mula merajinkan diri membaca buku-buku berkenaan dengan kelakuan individu hinggalah pada buku-buku psikologi, hanya untuk memahamkan diri sendiri. Bacaan demi bacaan yang aku lakukan, makin terserlah kualiti-kualiti introvert pada keduanya. Mereka tidak suka ke majlis makan-makan, mereka sangat bertenaga jika berada di rumah lelebih lagi bila bersendirian. Bila faham, aku tidak cuba mengubah mereka tapi cuba memahami dan menghargai kualiti-kualiti tersebut. Aku juga dikelilingi oleh kawan-kawan introvert, jadi sedikit sebanyak pembacaan aku selama ini membantu aku melancarkan proses berkawan dengan mereka, cuma kekadang aku rasakan kecenderungan yang dimiliki oleh mereka harus diimbangkan dengan tuntutan sosial lebih-lebih lagi jika mereka memilih kerjaya yang melibatkan orang ramai.

Jika hanya berpandukan pada kualiti introvert yang ada pada mereka ini, ramai umpama berteriak di dalam diri supaya mereka difahami oleh orang luar terutama individu extrovert tanpa cuba merubah kecenderungan mereka sendiri. Mereka tidak suka bersosial, aku memahaminya dan sebagai pasangan dan umi kepada anak ini, aku cuba hadkan masa bila ke majlis supaya mereka tidak bosan. Adakah kerana kebosanan mereka ke majlis-majlis sedemikian, kita harus mengikuti tuntutan itu dengan alasan mereka adalah introvert. Kekadang terfikir juga difikiran, tidakkah kita sebagai pendidik dalam keluarga harus cuba mengimbangkan kecenderungan itu supaya paling tidak ahli keluarga kita tidak dianggap anti-sosial, maksudnya dalam konteks kita bermasyarakat. Adakah dengan alasan kita introvert, kita dapat melunaskan tanggungjawab kita sebagai ahli masyarakat umumnya? Paling tidak, kehadiran kita ke sesuatu majlis itu menunjukkan kesediaan kita untuk bersama-sama orang lain, itu juga satu tuntutan pada aku.

Pengalaman bertemankan individu introvert, mereka menyenangkan hati sebab suka mendengar. Satu kualiti yang sangat bagus dalam berkawan. Sedangkan individu extrovert ini, suka bercakap tanpa henti. Satu gandingan yang amat selesa pada aku. Cuma pada pengamatan aku, mana-mana kecenderungan samada introvert mahupun extravert akan jadi masalah jika tidak cuba diimbangi antara keduanya. Maksudnya, jika aku secara semulajadinya sangat mesra dan suka berbual, tidak akan disukai jika tidak tahu bila dan di mana aku patut berbual. Takkan di dalam majlis ilmu sekalipun, aku akan berterusan bercakap tanpa henti dan tidak belajar untuk mendengar. Begitu juga dengan individu introvert, takkan tidak boleh bersapa atau berbual ringan jika di dalam majlis makan-makan hanya kerana dia tidak suka berbual dengan orang lain kecuali diri sendiri.

Jadi dalam isu ini, aku rasa individu yang bercirikan introvert atau extravert, harus kenal dan memahami kelebihan diri sendiri. Ini di namakan self-acceptance tapi ia tidak mencukupi setakat itu. Harus ada usaha untuk mengimbangi kecenderungan itu dengan cara keluar daripada comfort-zone dan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan self-improvement. Secara ringkasnya, tidak salah samada kita introvert atau extravert kerana keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri tetapi yang lebih penting adalah pemahaman tentang kualiti diri dan cabar kualiti itu supaya ia seimbang. Wasssalam

Sunday, 19 June 2011

Kehilangan

Salam pada diri sendiri:))

Semenjak kehilangan mentor yang dikasihi, aku bagai hilang arah tuju dalam mencapai cita-cita yang baru mula  bertapak. Sadis sekali, tanpa angin ...tanpa ribut taufan, dia pergi buat selama-lamanya. Tinggal kami mentee-mentee arwah bagaikan kehilangan seorang ayah, tanpa landasan, tanpa denai untuk kami menyusuri. Hanya kesan email-email masih tinggal dalam inbox dan YM...bernamakan arwah, masih sayang ingin melepaskan beliau. Moga tuhan menempatkan dia dikalangan orang-orang soleh.

Pada kami mentee-mentee arwah, perjuangan kita masih belum selesai walaupun aku mengambil masa yang agak lama untuk memaksa diri membuat latihan, semangat aku bagaikan hilang bersama-sama pemergian beliau. Ya tuhan ku, kuatkan semangat aku...kembalikan tenaga aku untuk berjaya. Bermula dengan penulisan di dalam blog ini. InsyaAllah.

Kepada keluarga arwah, terutama isteri dan anak-anaknya...doaku sering bersama-sama kalian. Tabahkan hati dalam dugaan besar ini. Amin....Kau permudahkan urusan mereka, anak-beranak ya Tuhanku. Amin.