Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Tuesday, 28 June 2011

Write....and write: LIfe is a bless!!

Hi all....

As i promised to myself, i have to write at least a page per day. Husshhh....so hard to be backed on track when i took a little daisy holiday on the weekend!

Nak tulis dalam bahasa hari ini. Kehidupan ini adalah satu rahmat buat kita. Tidak kira apa kondisi kita sekarang, sedih, suka, duka, gembila, takut, kecewa, sangsi; rasainya dengan kemanisan, kemasaman, kekelatan dan jangan lupa kesyukuran! Apa pun persepsi kita pada rasa-rasa itu, ia tetap satu pelajaran hidup yang mendewasakan kita. Bak kata cerdik pandai, kita tidak mampu merubah sesuatu yang berlaku ke atas kita tetapi kita boleh mengubah persepsi kita apabila melihata pada situasi tersebut.

Contoh, semalam aku menalifon adik yang tinggal di Kulim, dalam aura keseronokkan dia memberitahu aku " Ada berita sedih!", katanya. Ligat kepalaku memusing, sedih tapi suaranya gembira; itulah adik kesayangan aku, dia mampu mencari bahagia di mana saja." Tv di rumah kami dah rosak 3 hari" katanya masih dalam nada jenaka dan ketawa kecil. "Sekarang kami takleh tengok tv tapi tengok muka anak-anak, buat homework sekolah saja" masih rancak ketawa, laju saja butiran-butiran perkataan keluar daripada mulutnya. Itulah adik aku; sukar, sedih, kecewanya masih disulami dengan tawa ria di hujung talian seperti biasa. Kuat sungguh hati adik ku ini, aku sebagai kakak cuba meniup semangat padanya. "Kan bagus takde TV di rumah, ada quality time bersama anak-anak, rumah aku pun sama, bila malam anak-anak tak boleh tengok TV selagi tak siap solat isyak dan habis keje sekolah", kataku dengan harapan ingin menyokong kemogokkan TV di rumah adikku. Dia setuju dengan kata-kata aku tapi menambah, "2-3 hari mungkin quality time tapi bila masuk 7 hari, serabut time!!", berderai kami berdua ketawa. Dalam hati aku timbul rasa ingin bantu tapi bagaimana, dalam hati terdetik berdoa semoga peraduan Parkson aku tempohari
mendapat habuannya, LOA comes into action.



Pada adik aku, engkau terlalu tabah! Kesabaran ini akan sampai kepenghujungnya dan aku sebagai kakak tidak pernah melupakan keistimewaan mu sebagai seorang adik yang dikasihi. InsyaAllah, rezeki akan datang cuma percaya pada Nya. Amin.

Itulah sketsa adikku dengan tv di rumahnya. Cuba kita soroti sketsa itu dalam kehidupan seharian kita. Apa pun yang terjadi adalah di luar kawalan. Kita tidak mampu mengubah takdir yang dihadapkan kepada kita tetapi dengan mempunyai sudut pandangan yang  sedikit berbeza, kita boleh melihatnya dalam situasi yang berlainan dan otak kita juga akan memberi maklumat yang berlainan. Ia tidak mudah untuk dilaksanakan tetapi itulah kekuatan dan keunikkan manusia yang diberi akal oleh Allah swt. Kita boleh berterusan memilih untuk berasa sedih, kecewa, duka, sengsara tapi tanpa kita sedar, usaha itu sama saja jika kita memilih untuk senyum dan bersabar. Ntah la, aku sendiri tak tahu aku mampu atau tidak jika diuji olehNya.

Moga tuhan permudahkan kehidupan adikku dan kita semua. Amin.

No comments: