Salam semua
Semoga kita semua mendapat rahmat di pagi Jumaat yang indah ini. Amin.
Masih berlegar-legar pada isu yang sama, mungkin kerana keasyikkan aku membaca Psychology Today sejak akhir-akhir ini. Walau bagaimanapun isu yang aku pilih ini tidak pernah bosan diperkatakan. Manusia senantiasa suka berbincang apa pun yang ada kena mengena dengan mereka. Begitu juga dengan isu ini.
Agak kronik apabila mereka yang bersifat introvert memarahi extrovert kerana tidak memahami mereka. Extrovert pula menggelarkan introvert anti-social dan sombong kerana terlalu dalam dunia mereka. Tidak kurang juga para introvert menggelarkan diri mereka thinker kerana kecenderungan mereka berfikir sesuatu dengan mendalam. Berkemungkinan para psikologi mentertawakan kita semua, para ilmuan turut menggeleng kepala bila rakyat marhein seperti kita berbincang tentang isu ini. Sudah tentunya tanpa segan silu kita memilih kumpulan yang kita wakili samada introvert ataupun extrovert. Memilih satu hal, mungkin rasa dia tidak keseorangan dalam isu ini, mungkin juga perasaan tidak puas hati tentang isu ini telah lama terpendam. Jadi inilah masanya untuk membalas dakwaan mereka yang tidak memahami itu. Walau apa pun tujuan pemilihan itu dibuat jika tanpa ilmu dan memberi komen-komen bersifat prejudis sesama kita, bukan sahaja membawa kepada agenda permusuhan tetapi menyekat diri untuk terus memahami dan belajar. Alangkah ruginya!
"Kenapa awak ini anti-social, tak suka ke majlis?", tanya seorang kawan extrovert.
"Saya bukan anti-social, saya suka bersosial tetapi bukan dalam kumpulan yang ramai", jawab introvert.
"Awak macam puppet bercakap tidak berhenti", kata kawan introvert.
"Bercakap membuat saya bertenaga dan ramai kawan, bukan macam awak...sombong!" jawab extrovert.
"Boleh tak jawab talipon tu, ia berdering tanpa henti", kata seorang ibu extrovert.
"Orang tu bukan kawan saya, dia tentu nak cakap dengan umi", jawab anak introvert.
"Saya kesian anak kita tak ada kawan di sekolah", kata seorang isteri pada suaminya.
"Jangan risau sayang, dia OK..dia macam saya, we don't actually need a lot of friends like you", balas sisuami.
Bersuamikan intovert dan anak-anak introvert, benar-benar menguji kesabaran aku sebagai seorang umi. Bila badan penat, otak berasap, hilang segala ilmu untuk memahami. Perkara yang paling asas aku pinta ialah belajar menjadi manusia yang boleh dibawa ke tepi dan ke tengah. Oleh itu, walau apa pun gelaran yang diberikan pada kecenderungan introvert atau extrovert, tidakkah lebih baik jika ia diseimbangkan. Bukankah itu cabaran pada kita semua di dunia ini? Pada mereka yang bercakap tanpa henti, harus belajar pula untuk lebih mendengar. Pada mereka yang sunyi tanpa suara, juga harus belajar untuk diterima dalam kelompok manusia lain terutamanya di tempat kerja, belajar untuk senyum, paling tidak! Pada mereka yang suka sangat berkawan dan mengikut tanpa arah tuju, harus belajar untuk mengekang keinginan tersebut dan belajar untuk mencari keseronokkan dari dalam diri. Jadi jika kita faham bahawa kecenderungan yang terdapat dalam kedua-dua ciri tersebut harus dibentuk, diuli, dibaja dan dikeluarkan daripada kepompong asalnya, kita semua terdedah pada kebarangkalian untuk membangun secara menyeluruh. Kualiti kurang, kita tambahkan. Kualiti meruah-ruah, kita cantaskan agar kualiti-kualiti yang kita ada ini boleh dimanfaatkan di mana saja situasi yang memerlukannya.
Pada mereka yang masih belum memahami, saya ingin bertanya. Apa guna Prof. Convey dalam bukunya 7 Habits of Highly Effective People itu terjual berjuta-juta salinan di pasaran jika beliau tidak faham tentang kroniknya masalah orang introvert dalam kehidupan? Saranan beliau, kita kena belajar menjadi pro-active adalah antara nasihat yang sangat berguna pada mereka yang berkecenderungan introvert. Sedangkan saya yang extrovert ini pun merasakan nasihat ini amat pratikal dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan saranan demi saranan pada golongan extrovert untuk menjadi pendengar yang lebih baik, bukankah itu satu cabaran pada mereka untuk belajar dan cabar diri keluar daripada kempompong. Ia tidak mudah tetapi itulah yang terkandung dalam ilmu berkaitan self-developement, stracthing your ability to the fullest.
Pendek kata, mendalami ilmu-ilmu berkaitan individu bukan niat memberi keselesaan supaya kita berterusan menyorok di dalam kepompong untuk selamanya. Pengetahuan dan kesedaran itu harus selari supaya kita terus belajar ilmu-ilmu baru dan cuba seimbangkan kecenderungan yang dimiliki. Pesanan untuk diri sendiri, di hari jumaat.
No comments:
Post a Comment