Salam semua
Baru balik bercuti, terlupa hendak mengucapkan selamat hari raya aidiladha.
Selamat hari raya korban pada semua pembaca blog ini. Semoga perayaan ini mengukuhkan tali persaudaraan kita sekeluarga.
Balik ke kampung dan berjumpa dengan sanak saudara, berbagai-bagai kisah keluar, warna-warni bagaikan pelangi menghiasi kehidupan ini. Disampaikan oleh ibu mertua, cucunya yang seorang itu masih tidak mahu bekerja walaupun ada tawaran di depan mata. "Suka duduk di rumah," kata anak itu tanpa sebab-sebab lain yang sedikit munasabah. Maklumbalas itu mengundang rasa kecewa pada kedua ibubapanya dan marah dengan sikap anak dewasa tersebut.
Balik ke kampung dan berjumpa dengan sanak saudara, berbagai-bagai kisah keluar, warna-warni bagaikan pelangi menghiasi kehidupan ini. Disampaikan oleh ibu mertua, cucunya yang seorang itu masih tidak mahu bekerja walaupun ada tawaran di depan mata. "Suka duduk di rumah," kata anak itu tanpa sebab-sebab lain yang sedikit munasabah. Maklumbalas itu mengundang rasa kecewa pada kedua ibubapanya dan marah dengan sikap anak dewasa tersebut.
Marah bukan lagi satu pilihan di waktu ini, rasanya! Bila disusuri kehidupan anak itu, tiada sedetik di sepanjang perjalanan hidupnya , dia digesa atau dituntut untuk membuat sesuatu. Que sera sera , kata orang putih berketayap putih.
Filosopi hidup que sera sera ada di mana-mana saja jika diperhatikan. Saya pun sukakan filosopi ini, senang bukan? Tidak perlu sesakkan fikiran, tidak perlu susah payah, apalah sangat nak dikejar dalam kehidupan ini, ada ada , tidak ada, tidak ada lah...tak perlu sakit kepala! Kepala tidak beruban, dahi pun tidak berlapis empat. Senyum meleret sebab hati senang, cukup makan, cukup tidur...apa lagi kita minta?
Bayangkan saja jika seumur hidup begini kita melayari kehidupan, tiba-tiba digesa suruh bekerja, tiba-tiba hendak dikerah tenaga anak supaya "seize the day". Apa jawapan mereka pada kita kelak? "Alaaa...tak kerja sekalipun, saya cukup makan dan cukup pakai, jadi kenapa susah payah nak suruh saya kerja?"
Menakutkan jika memikirkan kemungkinan-kemungkinan sebegini.
Berlawanan dengan filosopi que sera sera ialah carpe diam atau seize the day. Orang sebegini hidup bagaikan tidak cukup 24 jam dalam sehari, berkejar, berlari, ber...,ber..., ber...Mereka melakukan sesuatu bagaikan tiada hari esok, mereka letak sasaran tinggi dalam hidup, tanpa henti mereka mengejar impian ,mereka mengejar peluang, mereka berhenti bila nafas terhenti.
Antara kedua-dua filosopi ini, di manakah kita? Apakah filosopi yang kita cuba serapkan dalam fikiran anak-anak? Tiada salah atau benar dalam pilihan yang kita lakukan, cuma kesudahan itu tentunya berbeza. Apa pun pilihan tetap di tangan kita, jadi kita semua ada peluang yang sama.
Pada saya, pendekatan mana pun yang kita pilih banyak berkait dengan cara kita dibesarkan dan karektor empunya diri. Ada anak yang tidak perlu disuruh, dia tahu apa yang dicari dalam hidup ini tetapi hendak pukul rata semua anak tahu apa yang diimpikan, tidaklah benar sama sekali. Jadi sebagai ibubapa kita perlu tunjukkan cara dan dedahkan kedua-dua filosopi ini pada mereka. Ada masanya, anak-anak perlu digesa supaya melakukan sesuatu dan biarkan mereka rasa nikmat mendapat sesuatu, hasil daripada keringat dan susah payah mereka sendiri. Ada masanya, anak perlu diajar untuk menghargai apa saja yang mereka ada di depan mata, tanpa syarat yang berjela. Bak kata saya dalam entri terdahulu, bahagia sebenarnya adalah tanpa syarat. Lagi banyak syarat yang kita letak di dalam senarai untuk mencapai kebahagian, lagi lambatlah kita bahagia dan di sinilah hidup berfilosopikan que sera sera adalah paling ideal.
Bagaimana kesudahan kisah anak dewasa yang enggan bekerja itu? Jawapan saya, nasib baik dia seorang perempuan, tunggu saja dipinang orang. Hehehe.
No comments:
Post a Comment