Salam
Hari ini aku ingin bercerita tentang kemahiran multitasking . Apa itu multitasking?Ia adalah kebolehan sesorang untuk melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu masa. Ada penulis buku mengatakan, golongan wanita ialah paling mahir dalam tugas-tugas multitasking. Maklumlah, menjadi wanita zaman mellinium, semua kena pantas dan mampu membuat segalanya. Tambahan lagi dengan budaya orang-orang kita, wanita selalu menjadi superwoman di dalam keluarga. Dialah ibu, tukang masak, tukang basuh, tukang lipat baju, tukang gosok baju, tukang mop lantai, drebar dan tidak lupa juga seorang isteri dan girlfriend kepada En. Suami. Bukankah itu bukti-bukti seorang multitasker? Jadi sekarang cuba kita korek, apa kelebihan multitasking?
Mutitasking adalah satu kebolehan yang diiktiraf di kalangan ibu-ibu yang bergelar superwoman. Masakan tidak! sambil memasak dia mendengar radio, membuai anak yang sedang tidur dan bercakap di dalam telepon. Seorang ibu di ofis mengadap komputer menaip kerja, sempat bersarapan di meja, sambil berforum di alam maya dan menempah baju raya anak-anak secara online. Itu juga multitasking! Biasa dengarkan? Jadi memang benar, kemampuan golongan wanita bermultitasking tidak boleh kita pertikaikan lagi.
Jadi apa masalahnya jika kita boleh membuat kerja yang banyak dalam satu masa? Bukankah itu satu kelebihan yang luar biasa pada kaum wanita? Atau adakah multitasking ini hanya berlaku pada satu golongan ini saja?
Pengalaman aku sendiri, bila anak-anak pergi ke sekolah dan En.suami pergi ke ofis, aku bertukar menjadi lipas kudung, Yek, lipas! Tepat jam 8 pagi, aku telah bertukar wajah menjadi seorang pekerja di depan komputer buruk ku ini. Membuka email, mengecek FB, mengONkan YM walaupun dalam mode bunian, membuka fail google.docs, membaca akhbar online dan berselang seli menghirup teh tarik sambil makan roti bakar dan mendengar radio. Bayangkan, betapa kagumnya aku dengan kebolehan ini! Masalahnya, sejak dua minggu lepas aku mengalami stress yang tidak jelas apa punca dan daripada mana datangnya. Aku bertanyakan orang keliling, mereka suruh aku bersabar, berdisiplin dan prioritize kerja-kerja yang aku ada. Selama beberapa hari, itulah yang aku cuba pratikkan tetapi aku masih dalam tekanan. Pelik tapi benar.
Hingga hari ini, aku keluar memanjakan diri dan makan tenghari keseorangan tetapi kepala aku masih tidak tenang. Kenapa?
Petang semalam semasa menonton televisyen, tiba-tiba aku terpandang sebuah buku di sebelah katil. Aku telah membacanya separuh jalan tetapi hari ini, aku menyambungnya semula. Tiba pada satu subtopik yang membincangkan isu multitasking, aku mula memahami masalah yang aku sedang alami. Ia berpunca daripada sifat multitasking yang selama ini aku amalkan. Ia bukanlah tidak elok 100% tetapi ia sangat berkait rapat dengan kualiti kerja yang kita lakukan. Jika kerja utama kita memerlukan konsentrasi tinggi, janganlah mengambil risiko untuk bermultitask. Antara keburukkannya yang sangat jelas ialah kualiti kerja utama yang buruk, mengambil terlalu banyak masa, semua kerja berakhir dengan tidak sempurna dan tidak lupa juga, masalah yang aku alami iaitu STRESS.
Bagi tujuan pembacaan seterusnya, sila klik di pautan ini....
http://www.timemanagement.com/lifestyle-health/why-multitasking-is-bad.html
Filosopi saya mudah; Penuhkan yang kosong. Kosongkan yang penuh. Dan garu apabila terasa gatal... Alice Roosevelt Longworth
Di mana dan Bagaimana
Wednesday, 27 July 2011
Monday, 25 July 2011
Kisah anak ku.
Salam
Entri kali ini bersifat sedikit peribadi. Kisah anak daraku yang berusia enam tahun. Bersekolah tadika dan mempunyai hobi memasak, mencantikkan diri dan mengembirakan diri sendiri.
Sedari kecil, anak daraku ini sangat suka memasak. Kecenderungan dia pada aktiviti ini memang tidak boleh disangkal lagi. Setiapkali aku masuk ke dapur, dia akan mengiringi dan meninggalkan segala jenis aktiviti yang sedang dilakukannya. Sebagai umi yang hanya mempunyai seorang anak dara, aku rasa sangat berbesar hati dan menghargai kecenderungan tersebut. Iyalah, kata orang tua-tua, anak perempuan pandai dan bersekolah tinggi , setinggi langit petala tujuh sekalipun tetap akan ke dapur. Aku sebagai umi pendidikan tinggi, mengakui kebenaran kata-kata tersebut. Cacat kemampuan seorang wanita jika dia tidak tahu ke dapur. Kepentingan untuk berada di dapur bukan hanya untuk mendekatkan diri pada anak-anak kelak, tetapi untuk menambah suasana akrab bersama-sama keluarga mertua dan ipar-duai. Ia sangat penting dalam budaya orang-orang kita. Jangan disebabkan bergulung ijazah yang dimiliki, kita berperasaan seperti manusia yang tidak perlu makan jika bertandang ke rumah mak sendiri mahupun mertua. Jadi masuklah ke dapur walaupun setakat memotong sayur atau mengacau kuah di dalam kuali. Banyak isu mertua, ipar-duai berpunca daripada keengganan setengah golongan wanita untuk masuk ke dapur, sedangkan anak-anak, suami dan diri dia sendiri tidak segan silu menyenduk nasi dari dapur yang sama.
Baik, berbalik pada kisah anak daraku. Semalam, dia bersama abangnya membantu aku mengupas telur puyuh rebus untuk membuat pasembor. Aktiviti mengupas telur sangat bagus untuk motorskill anak-anak yang sedang membesar. Ia mampu mengaktifkan urat saraf tangan supaya menjadi lebih lembut dan memantapkan keupayaan mereka menulis dengan laju. Itu sebabnya, anak-anak orang Jepun dan di barat khususnya menggalakkan permainan DOUGH pada usia anak-anak yang masih di peringkat rebung.
Sehabisnya mengupas telur-telur puyuh, anak dara ku meminta untuk mengupas timun. Aku berat hati membenarkannya tetapi setelah dirayu dan dirayu. Aku berkata " Adik guna peeler ok!". Melompat kegirangan anak itu, "Ermmm....mudahnya untuk anak-anak bergembira", bisik dalam hati ini. Memberinya dua buji timun, dia pun mengupas dengan rakusnya. Tidak sampai lima minit proses itu berlalu, aku melihat dia berlari ke belakang dinding dengan darah menitis-nitis ke lantai. Dia mengawal suaranya supaya tidak kedengaran tetapi aku dapat mengagak apa yang sedang berlaku. Mengigil dia menahan kesakitan dengan memicit jari halusnya, darah terus menitis tanpa aku tahu dengan jelas dari mana punca luka tersebut dan berapa dalam tusukkan peeler itu. Pendekkan cerita, aku berjaya mengawal keadaan dan membawanya kehadapan dengan balutan ais di jarinya. Masih dalam tangisan, dia kelihatan agak terganggu dengan kehadiran darah di kain balutan berais tersebut. Seakan-akan mabuk darah, dia berlari ke tandas dan katanya "Rasa nak muntah...tapi tak keluar apa-apa", dia kelihatan bagaikan orang mabuk laut. Terdetik di hatiku, mungkin anak ini tidak boleh melihat darah. Terpantul juga soalan lain, bagaimana dia hendak menjadi doktor gigi jika takutkan darah? Itulah angan-angan anak dara ku, dia ingin menjadi seorang doktor gigi. Mungkin angan-angan itu perlu dipertimbangkan lagi, itu pun jika benar.. dia mabuk darah! Jika tidak kerana insiden peeler semalam, aku tidak pernah terfikir tentang kemungkinan ini.
Anak daraku tertidur beralunkan lagu-lagu lama daripada episod Kilauan Emas. Apabila terjaga, tangisnya berulang tetapi meminta makanan yang aku masak tadi. Makan sambil memuji, "Sedap umi masak....apa nama benda ni?" Itulah kisah anak daraku, Dina.

Saturday, 23 July 2011
Buku "parenting" - Parenting Gen Y and Z
Salam
Alhamdullilah, saya baru habis membaca buku keibubapaan( parenting) The Groovy Guide- Parenting Gen Y and Z.
Secara keseluruhan, buku ini bagus. Penulisnya rajin membuat kajian menyeluruh tentang isu-isu berkaitan serta berkongsi pengalaman-pengalaman peribadi beliau. Banyak bahan rujukan yang dimuatkan di dalam buku ini merangkumi pelbagai sumber ilmu seperti psikologi, neurologi, sosiologi dan macam-macam logi lagi. Syabas, kepada penulis!
Courtesy from The Star Online
Di sini saya ingin berkongsi pendapat; kenapa buku ini bagus untuk dibaca oleh mereka yang bergelar emak dan ayah.
1) Banyak idea praktikal dalam buku ini. Saya sendiri akan mencuba pada anak-anak nanti. Antaranya ialah menulis "surat cinta" pada anak kita yang boleh membaca. Bukan menulis di dalam FB, BLOG atau yang sewaktu denganya tetapi di dalam kertas dan bersampul, dihantar melalui pos siput.
Pasti mereka teruja!
2)The ideas are simple but yet meaningful. Walaupun idea-idea tersebut bukan terlalu baru pada saya tetapi ia seakan telah lama tidak dipraktikkan. Jadi input di dalam buku ini mampu mengingatkan saya semula.
Selain daripada idea-idea dan maklumat kotemporari yang diketengahkan dalam buku tersebut, saya berharap buku ini ada terjemahannya di dalam Bahasa Malaysia. Ia penuh dengan maklumat berguna pada emak dan ayah. Malangnya, tidak semua antara kita(emak dan ayah) mampu memahami isi kandungannya dalam bahasa asing. Lagipun, kepada mak ayah berpendidikan dan mempunyai kesedaran tentang isu ini, mereka boleh bertanyakan Pakcik Google. Jadi, untuk mendekati emak ayah yang kurang mampu untuk memahami dan kurang kesedaran, alangkah baiknya jika buku sebegini diterjemahkan bagi bacaan umum, untuk semua lapisan masyarakat.
Akhir kata, secara peribadi saya rasa sukar untuk mencari buku bercorak sebegini di dalam pasaran negara kita. Kebanyakkan buku mendidik anak, karya penulis tempatan sering menggunakan kaedah nasihat dan "retelling stories" dari zaman berzaman. Tiada kupasan mendalam yang menyentuh aspek-aspek saintifik dan penyelidikan kontemporari. Walaupun nasihat-nasihat itu bagus untuk peringatan tetapi jika tidak disulamkan dengan pendekatan baru dunia Ipad dan Iphone, ia tidak kurang seperti buku Sejarah Melaka Darjah 5.
Sedangkan hakikatnya, anak-anak kita kian membesar dan cabaran yang mereka hadapi berbeza daripada kita. Jadi buku ini memberi gambaran dan fakta jelas tentang perbezaan yang timbul di antara dunia mereka GEN Y, Z...dan dunia kita. Selamat membaca.
Disclaimer: i don't get a penny for promoting this book k, heheheh

Thursday, 21 July 2011
Hidup untuk MEMBERI
Salam
Ironik, bila saya terbaca kata-kata seorang ahli psikologi terkenal Alfred Adler. Katanya "manusia yang paling BAHAGIA adalah manusia yang mampu memberi" atau dalam kata lain, "tingkat paling tinggi dalam hierarki manusia adalah bila dia mampu memberi".
Satu analogi menarik saya dapati apabila membaca buku Albom Mitch, Have a Little Faith. Kata-kata dipetik daripada seorang tokoh yahudi yang sedang menanti saat kematiannya. Kata beliau "bayi yang baru lahir, menggengamkan tangannya kerana membayangkan keghairahan hidup di mana dia akan mengambil sebanyak mungkin, apa yang ada di depan mata. Bila di hujung usia, manusia akan mati dengan jari-jarinya terbuka dan tidak mampu membawa apa-apa". Tidak susah untuk faham analogi ini. Teringat juga pesanan daripada seorang penulis buku Embracing Uncertainty, katanya "Ibubapa sekarang berusaha untuk menaikkan self-esteem anak-anak tetapi ia tidak berkesan dengan hanya memberi pujian dan mengiktirafkan kebolehan mereka semata-mata. Didik anak-anak kita supaya memberi pada orang keliling, khusus pada orang yang tidak mampu membalas balik kebaikkannya. Selain dapat membantu, self esteem anak-anak itu juga akan bertambah baik". Melalui pengalaman, saya akui kata-kata dia sangat tepat.
Apabila membaca kisah-kisah para nabi dan sahabat-sahabat, ia selalu membuat saya terfikir. Kondisi memberi bukan kerana kita CUKUP segalanya. Apa pula definasi CUKUP dalam diri manusia sedangkan kemahuan dan nafsu kita, tidak pernah cukup-cukup? Timbul pula perkataan ENOUGH IS ENOUGH.
Walau apa pun, ia tidak mudah seperti yang kita duga. Latihan demi latihan perlu ada bagi memantapkan nilai ini dalam diri.Cuma berusahalah untuk mencapai BAHAGIA, samada kita seorang yang cukup segalanya ataupun tidak pernah cukup-cukup.
Happiness is a quest for everybody.

Wednesday, 20 July 2011
Pengalaman tiada Harga..2
Salam
....sambungan daripada nukilan lepas.
Budaya berjalan-jalan masih baru dalam kehidupan kita sebagai orang melayu di negara ini. Budaya melayu bila sebut tentang aktiviti bercuti atau berjalan-jalan, pasti balik ke destinasi kampung atuk dan nenek pada musim cuti sekolah atau balik untuk menghadiri kenduri kahwin sanak saudara. Begitu juga aktiviti bermain air, ia selalunya menjadi kesukaan tatkala musim cuti sekolah bermula. Apa nak buat...global warming! Hahaha. Saya sendiri suka ke taman tema air. Selain bermain air kita juga boleh mengambil inisiatif untuk berkumpul bersama ahli keluarga lain. Ia satu aktiviti yang menyeronokkan!
Pada mereka yang mampu pula, istilah berjalan-jalan akan berkisar pada destinasi perjalanan ke luar negara seperti Singapura, London dan Paris. Kenapa destinasi ini antara yang paling popular pada hati pelancong-pelancong Malaysia? Hahahaha....siapa nak jawab?:)
Ok, berbalik pada perkara yang ingin saya bincangkan di sini. Pada saya, aktiviti anak yang sedang membesar boleh kita pelbagaikan pada masa cuti sekolah. Selain daripada melawat atuk dan nenek di kampung, melawat taman-taman tema yang terdapat di sekitar kawasan atau membilang anak-anak tangga di pusat membeli belah terkenal, kita boleh ambil inisiatif berbeza pada musim cuti akan datang. Ada anak-anak bertuah kita dedahkan mereka di kota Paris, tetapi mereka hanya berpeluang menapak di Boulevard Champ D'Elysse hingga lenguh kaki kerana mengikuti si emak membeli belah. Alangkah ruginya! Ya, benar..kita membawa mereka berjalan-jalan tetapi aktiviti yang kita tawarkan tidak lansung menambah pengalaman mereka secara peribadi mahupun secara kolektif, berkeluarga. Paling tidak, pergilah ke Disney Paris untuk berlibur seisi keluarga, bukan emak dan ayah sahaja yang berpeluang membeli barangan berjenama LV. Anak-anak juga ada kenangan berada di taman tema terkenal di dunia, Disneyland! Tidak semua orang berkesempatan pergi ke sana. Jadi jika berpeluang, cipta kenangan paling indah untuk seisi keluarga. Anak-anak tidak akan melupakannya.
Walau bagaimanapun pengalaman berharga pada diri anak-anak bukan hanya diukur pada jauhnya destinasi mahupun canggihnya pusat membeli belah yang mereka pergi. Jika destinasi itu hanya di kampung halaman sekalipun, ia boleh dimanipulasikan supaya mampu memberi kesan maksima dalam meningkatkan pengalaman hidup mereka.
Contohnya, apabila anak-anak balik semasa cuti sekolah ke rumah atuk dan nenek. Pasti pada ketika ini, suasana kampung sangat meriah dengan kenduri-kendara. Jangan anak-anak kita hanya tahu makan di majlis kenduri sahaja, ajaklah mereka bersama-sama aktif dalam suasana gotong royong yang diamalkan dalam majlis tersebut. Jika anak dalam usia belasan tahun, mereka mampu untuk bersama-sama bergiat aktif membantu meringankan kerja-kerja yang ada. Jangan pula memberi alasan, anak kita orang bandar hingga tidak boleh mengemas, membasuh pinggan dan mangkuk kenduri. Sudah tentu di rumah sendiri, anak kita tidak berpeluang ataupun tidak sempat untuk mengemas, maklumlah pembantu rumah melakukan ke semuanya. Apakata di dalam majlis kenduri sebegitu, anak-anak ini diajak dan digalakkan untuk belajar berkomuniti bersama dengan orang lain, amnya orang-orang kampung yang jauh berbeza daripada dirinya sendiri. Saya fikir, ia suatu pendedahan yang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk proses tumbesaran mereka.
Kebanyakan mak dan ayah tidak sedar tentang kepentingan pendedahan pengalaman begini pada anak-anak. Mereka pulang ke kampung menghadiri kenduri kahwin sanak sedara tetapi anak-anak semuanya membawa komputer peribadi, ipad, PSP...segala jenis mak nenek permainan canggih yang mengekang anak-anak itu untuk turut serta dalam majlis sosial. Ada antaranya terperap di dalam bilik hingga waktu makan, barulah nampak muka. Banyak pula alasan yang diberikan oleh emak dan ayah bagi menutup kekurangan sifat anak- anak sebegini. Ada juga yang tidak bertegur sapa antara sepupu kerana terlalu asyik dengan dunia facebook, maklumlah budak-budak sekarang semuanya bakal jutawan internet.
Pendedahan begini tidak memerlukan modal yang besar dan tidak perlu berbelanja mewah. Pulangan tidak berharga daripada pengalaman ini akan menjadikan anak kita menjadi seorang yang lebih faham tentang erti sosial, ringan tulang, bantu-membantu dan mahir ilmu-ilmu komunikasi yang sangat berguna untuk mereka kelak. Ilmu tidak formal begini sangat perlu dalam kehidupan anak-anak yang sedang membesar, terutamanya apabila mereka hidup bermasyarakat.
Pengalaman anak sulung saya sendiri(semasa berusia 9 tahun), membantu bapa saudaranya membasuh lima puluh ekor ayam untuk tujuan masak memasak semasa majlis kenduri tahlil, tidak mungkin dilupakan hingga hari ini. Anak itu juga membantu membasuh periuk dan kawah, hingga basah bajunya bersama dengan sepupu-sepupu lain. Pasti, kenangan itu masih segar diingatan hingga sekarang! Ini adalah contoh-contoh pengalaman dan kenangan yang kita ingin suntik dalam perjalanan hidup mereka. Hakikatnya, kehidupan anak-anak hari ini terlalu terkongkong dalam dunia pendidikan yang terlalu jumud, mereka kekurangan masa untuk mengenali saudara sendiri, mereka tidak cukup terdedah dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan terlalu sibuk dengan segala jenis aktiviti berteknologi. Jika kita sebagai orang tua tidak cuba untuk ambik kesempatan, mereka akan tetap membesar...usah bimbang. Membesar tanpa ada kenangan-kenangan unik dan indah bersama orang-orang yang mereka sayangi seperti adik-beradik, sepupu-sepapat, atuk-nenek mahupun emak ayah sendiri.
Bila tersedar nanti, dalam usia dua puluhan....anak sudah berada jauh daripada kita. Pada saya, duit dan harta yang banyak tidak meninggalkan sebarang kenangan indah pada kita di usia senja. Kenangan indah bersama anak-anak akan kekal selamanya hingga kita pergi kelak,dan jika bernasib baik, cucu-cucu juga akan mengenali kita melalui pengalaman emak dan ayah mereka bersama kita. Itu lagi bermakna daripada meninggal duit berjuta kepada mereka....at least for me:)

Sunday, 17 July 2011
Pengalaman tiada HARGA
Salam
Entri kali ini, saya ingin bercerita tentang pengalaman. Khususnya, pengalaman membawa anak-anak yang sedang membesar berjalan-jalan. Istilah berjalan-jalan bukan bermaksud membawa anak-anak ke pusat membeli-belah yang sangat banyak di negara Malaysia yang terchenta ini, sepertimana di Pavilion, Megamall, The Curve dan pelbagai jenis pusat membeli-belah yang lain. Pengalaman yang saya maksudkan di dalam entri ini ialah pengalaman berjalan ke sesuatu destinasi yang mampu memberi sumber pengalaman dan pendedahan baru kepada anak-anak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi mereka yang gemar mempelajari sesuatu yang baru, baik daripada segi teorinya mahupun aktiviti. Jadi pengalaman bersama makayah ke destinasi atau melakukan aktiviti baru, mampu memberi peluang pada anak-anak untuk memahatkan ingatan itu bersama-sama kita. Kelak di usia matang, kenangan ini akan menjadi sesuatu yang sangat berharga kepada mereka. Priceless!
Cuba tanya kembali pada diri sendiri, bila kenangan pertama kita naik keretapi bersama keluarga? Bila pertama kali kita bersama adik-beradik berkelah, mendaki ...bersama mak dan ayah? Ini antara pengalaman-pengalaman yang seharusnya ada di dalam diri anak-anak di dalam fasa mereka membesar.
Kita sebagai makayah juga harus sedar usia anak-anak tidak statik, mereka akan terus membesar dan keseronokkan untuk bersama adik-beradik dan kita sebagai orang tua akan berkurangan. Proses ini adalah sangat normal pada tumbesaran anak-anak. Tiba masanya mereka menginginkan privasi terutamanya bersama-sama rakan sebaya dan kehadiran kita sebagai orang tua dan adik-beradik lain tidak lagi didambakan oleh mereka, sebagaimana sewaktu mereka masih bergantungan pada kita. Jadi sebelum terlambat, ambillah peluang ini untuk membentuk sebanyak mungkin kenangan bersama mereka.
Apakah kepentingan pengalaman dalam kehidupan kita sebagai manusia? Apakah kaitan pengalaman dalam pembentukkan diri anak-anak kita yang sedang membesar? Pengalaman terbukti sebagai salah satu cara kuno dalam memberi pendidikan dan tauladan pada peradaban dunia manusia, hingga ke hari ini. Siapa mampu meremehkan kepentingan sejarah dalam kehidupan manusia, zaman berzaman? Pengalaman-pengalaman ini kelak menjadi rentetan sejarah, di mana ia mampu memberi tauladan pada kehidupan kita di masa hadapan. Malangnya di dalam sistem pendidikan di negara ini, kepentingan ilmu sejarah diremehkan oleh mereka yang terlalu mengagungkan subjek sains dan teknologi, walaupun kita tidak menafikan keperluannya dalam dunia kini. Saya juga tidak menolak kepentingannya dalam arus pemodenan dunia kini, tetapi meremehkan elemen-elemen sejarah dalam kehidupan anak-anak sekarang sangatlah tidak wajar sama sekali. Anak-anak perlu diserapkan kefamahan mendalam tentang kepentingan aspek sejarah di dalam kehidupan harian. Mereka harus digalakkan mencipta kenangan demi kenangan dalam kehidupan ini, supaya ia mampu menjadi mini sejarah bersifat peribadi. Moga satu hari nanti, anak-anak kita kaya dengan kisah hidupnya tersendiri. Bukankah itu juga satu subjek bersifat unik dan perlu dihargai oleh kita semua terutamanya pada setiap ahli keluarga.
Jika kita beragama islam khususnya, bacaan Al-fatihah kita setiap hari, memberi pesanan supaya kita belajar daripada sejarah orang-orang terdahulu. Khususnya pada ayat terakhir dalam bacaan tersebut di mana kita memohon tuhan memberi hidayah dan membimbing kita menuju ke jalan yang lurus dan bukan jalan-jalan sesat yang telah dilalui oleh orang-orang sebelum ini. Moga kita mendapat kehidupan yang diredhaiNya. Seperti juga di dalam kitab suci kita sendiri iaitu Al-quran, ia terlalu sarat dengan kisah-kisah sejarah. Asal kejadian manusia, asal kejadian alam, asal kejadian iblis dan kisah-kisah perjalanan nabi-nabi semuanya termaktub indah di dalam kitab terulung orang-orang islam, itu semuanya sejarah! Kenapa kita masih berterusan menafikan kepentingan sejarah dalam kehidupan anak-anak? Ironik, bukan!
Berbalik pada kepentingan pengalaman dalam kehidupan anak-anak. Anak-anak membesar tanpa pengalaman umpama patung bernyawa atau robot diprogramkan. Mereka tetap membesar tetapi ruang dalamannya berongga dipenuhi oleh aktiviti-aktiviti harian yang kurang memberi kesan yang berpanjangan. Katalah anak-anak masih di zaman persekolahan dan setiap kali cuti sekolah bertandang, aktiviti mereka hanya pulang ke kampung atau berehat di rumah tanpa ada aktiviti khusus. Adakah mereka mampu atau otak mereka mampu untuk merekodkan aktiviti kebiasaan ini pada tahap yang paling maksima? Melalui pembacaan, kemampuan otak boleh dimaksimunkan dengan input-input luar biasa dan input itu datangnya daripada pengalaman dan aktiviti luar biasa juga sifatnya. Jadi cuba tanya diri sendiri, bila kali PERTAMA kita terjatuh daripada basikal, bila kali PERTAMA kita tertarik pada kawan lawan jenis, bila kali PERTAMA kita jejak kaki ke rumah bakal mak dan ayah mertua? Kemampuan otak kita untuk merekodkan kenangan-kenangan PERTAMA ini telah diiktiraf oleh para saintis yang mengkaji tentang subjek ini sekian lama. Jika masih tidak percaya, tanya diri kita sendiri...bila kita pergi ke SOGO dan membeli jeans hitam yang lusuh tergantung di sebalik pintu bilik? Atau ubah soalan itu ...bila pertama kali aku sampai ke Bukit Kayu Hitam dan beli seluar jeans hitam lusuh itu? Saya pasti jawapan tepat ada pada diri kita dan kebolehan otak kita mengingat pengalaman pertama tidak boleh dinafikan. Begitu juga dengan kenangan-kenangan yang bakal terbentuk di dalam diri anak-anak kelak.
...bersambung.

Friday, 15 July 2011
Expiry Date
Salam
Anak perempuan aku bertanya, "susu ni, bila tak boleh minum?" Pelik soalannya, tapi soalan dia sebenarnya, bila "expiry date" susu ni! Hahaha....budak-budak sekarang pun tahu tentang tarikh pelupusan. Kita yang dewasa ini pula, bagaikan tidak tahu atau buat-buat tidak tahu. Mungkin kerana ego atau sememangnya kenapa?
Aku tengah berfikir jawapan apa yang patut aku berikan jika ada orang bertanya, kenapa aku tidak lagi berkawan atau berhubungan dengan kawan-kawan lama aku dahulu? Jawapan mudah rasanya, expired! Aku tidak rasa orang yang bertanya itu nak tahu sangat jawapannya, cuma berbasa-basi dalam sebuah perbualan. Jika tidak, dia pasti akan bertanya secara lebih personal bukan di majlis sosial seperti kenduri-kendara. Jadi jawapan aku juga akan jadi ringkas seperti itu, EXPIRED!
Idea ini muncul daripada pembacaan aku di sebuah blog berkenaan masalah dan tips tentang sebuah persahabatan. Aku akui, dalam soal persahabatan ini, aku tidak selalunya bernasib baik. Adakala aku menjadi seorang sahabat yang tidak terlalu baik iaitu malas berhubungan, malas berjumpa, malas mengambil tahu, malas dan malas. Adakalanya, aku jadi seorang yang sangat prihatin dan mungkin sampai orang pun naik bosan. Siapa tahu kan? Jadi kawan itu pula yang sering larikan diri daripada aku. Kelakar tapi itu hakikat!
Banyak petunjuk-petunjuk personaliti mengatakan aku seorang yang pandai berkawan dan meletakkan kawan-kawan lebih daripada keluarga sendiri. Betul dan ia juga menyakitkan hati. Mungkin kerana kondisi aku berbeza daripada mereka yang membuat ujian-ujian personaliti itu. Contohnya, banyak masa aku dihabiskan untuk keluarga ini, jadi bila aku membuat temujanji dengan kawan, tiba-tiba perancangan itu diganggu hanya kerana suami memilih untuk keluar lewat ke pejabat. Aku terpaksa kansel pertemuan yang dirancang seminggu yang lepas. Aku rasa ia tidak perlu. Lainlah jika suami atau anak-anakku sakit, pasti malam itu juga aku akan kansel tetapi jika alasannya suami lambat ke pejabat, aku tidak akan kansel. Kemungkinan lambat ke temujanji, tapi tidak akan kansel. Adakah aku seorang yang mementingkan kawan? Aku rasa tidak, aku mengandaikan bahawa aku juga mempunyai kehidupan sendiri dan orang lain juga patut hormat pada privasi aku dalam berkawan, tidak terkecuali suami dan anak-anakku melainkan hal-hal kecemasan.
Ok, berbalik pada isu expiry date di awal tadi. Aku bersetuju dengan pendapat bahawa dalam sesebuah persahabatan, kita perlu ada pilihan untuk letak tarikh pelupusan. Maksudnya, jika persahabatan kita tidak lagi membawa apa-apa faedah atau pulangan pada diri. Bukan pula maksud di sini, bila berkawan harus ada pulangan dalam bentuk material atau tidak, tetapi jika hubungan itu tidak lagi memberi kepuasan pada keduanya, adalah lebih baik kita letak tarikh lupus. Tidak perlu dipanjangkan, tak perlu RENEW.
Manusia berubah, situasi berubah, keperluan berubah dan kematangan emosi kita turut berubah. Adakalanya gelombang bicara kita juga akan berubah disebabkan oleh faktor-faktor itu tadi. Bila dua orang sahabat baik mula menjadi kritikal antara satu sama lain, tutur bicara menjadi tidak harmoni, rasa lebih selesa tidak berkongsi, rasa lebih aman jika tidak berhubung dan rasa lebih tenang jika berjauhan, ia membawa satu petanda awal. Jika ini berlaku, ia adalah signal mengapa tarikh lupus persahabatan ini perlu dilaksanakan. Mungkin akan ada rasa terkilan, tetapi jika persepsi ini boleh dineutralkan, insyaAllah ia menjadi lebih sihat supaya kita tidak menyimpan segala yang terbuku di hati.
Let go, people change and we have to change as well.
Jadi kesimpulan aku di sini, tarikh pelupusan itu perlu dalam sesetengah situasi dalam persahabatan. Bukan kerana kita jahat atau sahabat kita tidak memahami tetapi kerana kita semua berubah. Bila perubahan itu berlaku, orang lain pula akan memenuhi ruang di hati dan kita belajar untuk menghargai orang baru yang bertandang, pasti ada proses pembelajaran berlaku di situ. Benar juga sesetangah pendapat mengatakan, hubungan persahabatan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina dan untuk sampai ke sesuatu peringkat tetapi " hei...some people just don't care, so why we care so much?"....Hahaha, life is beautiful, isn't it?

Sunday, 10 July 2011
BERSIH
Salam
Aku sebenarnya tak layak membicarakan tentang politik dalam blog ini. Dan aku tak berminat pun nak membuat komentar mengenainya. Cuma aku nak cerita pasal isu KEBERSIHAN atau kata tunggalnya berasal daripada perkataan BERSIH yang sedang hangat sekarang ini.
Kebersihan ini amat dituntut dalam agama. Nak solat kena bersih daripada hadas besar dan kecil. Nak makan pun kena bersihkan tangan supaya terjamin kesucian makanan yang masuk ke dalam mulut kita. Nak pergi kerja pun kena mandi sebab membersihkan apa-apa yang patut supaya orang tak lari apabila mendekati kita. Pendek kata segala kehidupan harian kita sentiasa berasaskan pada kebersihan.Itu sebabnya isu kebersihan ini sangat rapat dengan kehidupan orang islam. Orang islam patutnya sangat bersih daripada segala segi, baik makanan, wang pendapatan, amanah dan apa saja.
Apa yang terjadi adalah sebaliknya, kita laungkan BERSIH, BERSIH, BERSIH.....longkang di belakang rumah kita, bila kali terakhir kita korek? Bilik air dalam rumah kita sendiri, berapa lama sudah tidak bercuci?
Cuba bongkok sikit, cium bau sejadah kita bersolat sambil mencongak...bila tahun terakhir kita bersihkan? Betulkan, tak ramai antara kita yang cuci sejadah apatah lagi sejadah-sejadah di tempat awam. Kalau bersolat, baunya semerbak harum menyusuk-nyusuk bagaikan minyak wangi DIOR berharha RM299 ikut harga Parkson.
Ikut orang berarak jika tahu tujuannya tidak mengapa tapi jangan seronok berarak saja lebih, BERSIH, BERSIH, BERSIH....sedangkan rumah kita sendiri tak pernah bercuci. Jadi seruan ini untuk kita semua, marilah kita BERSIH kan apa yang patut, jangan orang pandang kita pengotor sebagaimana orang-orang islam di sebelah barat, nak buat bagaimana....perkampungan islam memang rata-ratanya kotor. Kawan pernah kata, nak tumpang buang air jangan cari restoran orang islam di sana, takut terbantut hajat! Masuklah mana-mana restoran fast food, paling tidak....sebab, dekat situ BERSIH!

Saturday, 9 July 2011
Scarce Mentality - Mentaliti tidak pernah cukup!
Salam semua
Pertama kali aku mendengar istilah "scarce mentality" daripada buku tersohor seantero dunia, 7 Habits daripada Prof. Convey.
Apa yang menariknya dengan mentaliti ini, kita dibesarkan daripada kecik hingga dewasa dengan dimomokkan oleh ketidakcukupan material dan spiritual di keliling kita. Mentaliti ini kita bawa ke mana saja tanpa sedar, tanpa ada pengawasan, tanpa ada rujukan hingga kadang-kadang menyekat kemampuan diri untuk menjadi pemurah daripada segala segi, material dan spiritual. Sayangkan!
Pengalaman aku bergelumang dengan para pendidik diawal usia perkerjaan, benar-benar membuka mata dan telinga dengan kehadiran mentaliti sakit ini di kalangan orang bergelar cendikiawan. Pernah tak kita lihat para pendidik lokek ilmu? Pernah dan ada golongan sebegini dalam institusi pendidikan kita, takut ilmunya diambil orang..takut kalau-kalau anak muridnya lebih bijak daripada dia, bimbang kalau-kalau kredibiliti dia sebagai seorang sifu gugur disebabkan ilmunya berpindah tangan pada orang lain, tercemar kedaulatan dia kiranya anak didiknya mendapat skor A, sebab A itu hanya untuk dia....hahahahahahah!(Gelak dalam nada mencebik Ok!) Lokek ILMU...milik siapakah ilmu itu? Milik tuhan yang maha mengetahui dan kita cuma perantara yang diberi peluang untuk memilikinya , itupun untuk sebentar cuma. Bila hayat kita sudah sampai kepenghujung, ilmu itu juga akan hanyut bersama-sama kita, alangkah ruginya!
Bila aku terlibat dalam kerja-kerja sekarang ini, pengidap mentaliti ini amat berleluasa sekali. Aneh ya...bukankah rezeki itu ditangan tuhan, bukan ditangan manusia. Tapi alasan mereka, jika kemahiran ini terlalu ramai dimiliki oleh orang lain, ia akan jadi kurang eksklusif, bila kurang keekskusifannya, kuranglah duit yang mereka buat.Ermm..masuk akal jadi perlulah kita mengamalkan kecenderungan gaya pemikiran begini supaya rezeki kita senantiasa ada dan tidak putus.
Pada aku, apa pun alasan untuk orang bersikap atau bermentalitikan kecenderungan ini, ingat satu sajalah. Ilmu dan rezeki kita adalah milik tuhan, bukan milik manusia. Benar, orang tamak sekarang makin senang dan makin kaya-raya tetapi kena ingat jugalah, kaya di sini , jika tidak diuruskan dengan baik akan membuat kita muflis di sana. Selain doa anak-anak soleh menghadiahkan kita al-fatihah, kita boleh top-up akaun di sana dengan membuang mentaliti tidak pernah cukup ini. Ilmu berguna yang kita kongsi bersama akan menjadi bekalan yang tidak terhingga pada kita di sana kelak, rezeki yang kita kongsi pada jalan-jalan diredhai akan menjadi pelaburan buat kita. Jadi kenapa masih nak lokek dengan ilmu, padahal ia bukan milik kita yang mutlak? Kenapa perlu lokek rezeki tuhan, padahal kita juga meminta daripada Nya? Ingat kita cuma pengantara antara ILMU dan REZEKI tuhan pada manusia lain. Ada ketikanya, jika jawatan kita sebagai pengantara telah expire, kita tidak ada apa-apa untuk diberikan pada orang keliling, ingat ILMU tidak akan meninggalkan kita selamanya. ILMU sifatnya berbeza, tidak seperti $$$. Sifat kesetiaan ilmu tidak boleh dicanggah oleh sesiapa, lagi kita memberi ilmu...lagi ia merakap pada diri kita, makin ia beranak, makin ia serasi dalam urat saraf kita hingga mampu menjadi penyuluh pada kegelapan . Jadi perlukah kita kedekut ILMU?
Entri hari ini, aku cuma fokuskan pada ILMU tetapi mentaliti ini bukan hanya tertumpu pada isu ilmu sahaja, ia luas jika hendak diterokai. Ramai antara kita lokek senyuman, lokek duit, lokek kata-kata baik, lokek kata-kata hikmah, lokek segalanya sebab kita terlalu sibuk mengayakan diri sendiri, sibuk mencari gembira untuk diri sendiri, sibuk menambah ilmu untuk naik jawatan tapi tanpa sedar kita buat semua itu semata-mata berpaksi pada DIRI SENDIRI. Hanya diri sendiri tapi kata-kata orang psikologi, orang yang paling bahagia dan gembira ialah orang yang mampu mengembirakan orang lain. Di mana kita? Di mana titik antara DIRI kita dan orang lain. Susah nak jawab!
Renungan malam minggu!

Thursday, 7 July 2011
Pemandu bas bukan manusia.
Salam
Pelik tajuk entri untuk kali ini. Ini bukan tajuk untuk mencari salah manusia tetapi menyelami hati manusia yang bertopengkan kerjaya tanpa ada nilai-nilai kemanusiaan.
Pemandu bas itu cuma kerjaya, ironiknya dia tetap seorang manusia yang sepatutnya masih ada perasaan dan naluri kemanusiaan. Tak betulkah? Begitu juga dengan kerjaya doktor, kerjayanya sebagai pengantara alternatif untuk menyembuhkan penyakit tetapi dia tetap manusia yang diberi akal, rasa dan sifat kasihan sesama manusia. Siapa lagi, cikgu...juga sama, kerjaya dia sebagai pendidik tetapi dia masih manusia yang boleh mempertimbangkan segala urusan berdasarkan pengalaman dan budi bicara.
Berbalik pada kisah pemandu bas, dia memandu bas tetapi bila terlihat di depan matanya, seorang anak sekolah jatuh tersungkur dan beg sekolah maha berat itu seakan-akan menelangkup ke atas tubuh anak kecil itu .Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang yang bergelar pemandu bas? Apa yang membezakan kualiti antara seorang pemandu bas dan seorang manusia? Pemandu bas hanya akan melihat daripada tempat duduk selesanya (selesa berbanding penumpang lain kerana tidak perlu berkongsi) dengan matanya meleret melihat kemampuan anak kecil itu berusaha untuk bangun dalam kepayahan yang amat ketara disebabkan kemahaberatan beg sekolah yg dipikul. Dia melihat tanpa ada rasa sayang, tanpa ada rasa kasihan dan tanpa ada rasa tanggungjawab menolong kerana tugasnya adalah pemandu . Tugasnya ialah cuma memandu bas bukan menolong anak kecil yang kebetulan terjatuh di jalanan. Tugas menolong anak kecil tersungkur di jalanan itu tidak termasuk dalam "job scop" seorang pemandu bas. Pemandu bas aka seorang manusia yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan, pasti akan melompat membantu anak itu, mengangkat beg sekolahnya dan meredakan kesedihan si anak.
Jika seorang manusia masih mengekalkan sifat-sifat kemanusiannya dalam apa pun kerjaya yang beliau jawat, pasti dengan mudah dia akan meraih kenaikan jawatan demi jawatan di organisasi.Begitu juga dengan seorang pemandu bas, pasti sifat-sifat kemurahan hatinya akan bermain dibibir-bibir para mak/ayah yang mempunyai anak-anak bersekolah. Berbeza situasi jika cikgu mengajar tanpa ada rasa sifat mendidik, akan selamanya menjadi cikgu yang dikenali dengan pelbagai "nick" di belakang atau di depan namanya. Seorang doktor yang merawat tanpa ada sifat-sifat rendah diri seorang manusia, pasti lengang kliniknya atau paling tidak, kita akan mencari doktor lain yang bertugas pada waktu yang sama ataupun tangguh temujanji jika ia tidak melibat soal hidup atau mati. Susah benarkah hendak menjadi manusia bila sedang bekerja? Garu kepala!
"Oh, kami ada peraturan yang perlu diikuti" tingkah mereka. Peraturan tuhan pun kita ambik serba mudah tetapi perintah organisasi, peraturan sesama manusia kita junjung sampai hilang sifat-sifat kedhaifan diri.
"Oh, gaji kami kecik ..tak sempat nak berfikir buat baik pada orang lain" sambut mereka dengan cebikkan. Doktor, peguam, pegawai bank dan ramai lagi bergaji besar tetap kurang atau tidak ada lansung sifat-sifat kemanusiaan apabila berurusan dengan mereka yang memerlukan, maklumlah gaji besarnya membawa darjat tertentu di mata sosial.Agaknya jika dia bergaji dan berjawatan besar, dia tidak lapar, dahaga atau kentut sepertimana orang lain. Kelakar! Sifat manusia bukan bergantung pada slip gaji, ia datang dari hati kecil yang paling dalam. Jadi duit sikit atau banyak bukan alasan untuk kita tidak menjadi manusia yang penuh dengan sifat-sifat menolong, mengasihani dan merendah diri.
Kita terlalu dimomokkan dengan sifat rendah diri orang-orang melayu tetapi pengalaman aku berjalan selama ini, sifat-sifat ini cuma tinggal dalam lipatan sejarah sebagaimana sejarah keagungan Melaka, suatu ketika dulu.
Kita makin maju tetapi makin sombong, kita makin berpendidikan tetapi jumud berpaksikan citarasa sendiri, kita berusaha menjadi alim dan tawaduk tetapi masih lompang sifat-sifat asas seorang hamba. Kita rajin menimba ilmu tetapi masih perasan kita yang terbaik Renungan untuk diri sendiri.

Tuesday, 5 July 2011
Cinderella Complex
Salam
Aku sedang membaca buku "Cinderella Complex", karya seorang penulis barat yang menetap di Amerika.
Isinya agak berat sebab banyak input pakar-pakar psikologi tentang isu kerumitan dan kekusutan jiwa yang dialami oleh wanita-wanita Amerika lantaran pilihan mereka untuk bekerjaya atau menjadi surirumah. Kedua-dua pilihan yang ada itu sebenarnya, tidak memberi kepuasan maksimum pada jati diri wanita kerana terdapat konflik tersembunyi di sebaliknya. Isu ini cuba dikupas secaka konklusif oleh penulis wanita tersebut. Kisah demi kisah dipaparkan dalam buku ini mencerminkan konflik diri yang berterusan samada wanita-wanita ini memilih untuk bekerjaya ataupun menjadi surirumah, terutamanya pada mereka yang mempunyai kelulusan tinggi. Menariknya lagi, penulis ini sendiri turut bergelumang dalam masalah yang sama.
Agak lama aku menyendiri dan menganalisa fakta-fakta yang diberikan di dalam buku ini berserta dengan pengalaman-pengalaman hidup wanita lain. Seakan-akan aku memahaminya. Ya, aku juga dalam konflik diri! Aku mampu mempunyai kerjaya yang baik tetapi takdir meletakkan aku di rumah dan dikelilingi anak-anak, pasangan dan persekitaran hidup yang agak selesa. Apa konflik di sebaliknya? Aku ingin melakukan sesuatu lebih bermakna daripada menjaga anak-anak dan suami! Bukan maksudnya mendidik anak-anak dan suami itu tidak bermakna pada diri aku, tetapi kepuasan yang lebih tinggi daripada itu. Sesuatu yang aku boleh kaitkan identiti diri ini dengan tidak berpaksikan pada aktiviti berkeluarga. Boleh begitu, itu pun jika ada yang memahami!
Sambil mendalami maksud penulis buku ini dan menyoroti pengalaman-pengalaman wanita yang dimuatkan dalam buku ini, aku seakan-akan dapat menyelami hati-hati mereka. Kesimpulan yang aku dapat ialah, konflik wujud jika kita mempunyai pilihan. Berbanding dengan wanita-wanita yang tidak mempunyai pilihan seperti tidak mempunyai pendidikan, mereka seakan mudah redha dan akur dengan pilihan menjadi surirumah ataupun kerjaya yang berpadanan dengan kemahiran yang mereka ada. Berbeza dengan wanita-wanita yang mempunyai kemahiran dan tahap pendidikan tertentu, memilih untuk mendidik anak-anak dan menjaga suami walau dengan apa alasan sekalipun tetap mengundang konflik di dalam jiwanya. Dalam hati kecil mereka,
"aku mampu buat lebih daripada itu, aku mampu menyumbang lebih daripada itu!"
Jika "drive" wanita-wanita ini berpaksi pada duit, mungkin agak mudah untuk keluarkan diri mereka daripada konflik. Duit merupakan matlamat kuat untuk individu keluar daripada kepompong kemiskinan dan kedhaifan diri. Bayangkan jika duit bukan matlamat seseorang wanita, makan dan pakai mencukupi; maklumlah tidak semua wanita sukakan aksesori mahal, wangian beratus-ratus ringgit, kasut dan tas tangan yang beribu-ribu harganya. Apa "drive" yang boleh digunapakai oleh wanita-wanita ini untuk menyelesaikan konfik dalam dirinya? Dua perkara yang terlintas di fikiran ialah kerja-kerja kebajikan dan sambuang belajar. Kerja-kerja kebajikan boleh menjadi platform untuk wanita-wanita berpotensi ini keluar daripada rasa "konflik kurang menyumbang", maksud aku jika wanita itu mendambakan kerja "bermakna" bukan berpaksikan pada duit semata. Begitu juga dengan dengan aktiviti sambung belajar, sibukkan diri dengan ilmu-ilmu baru juga boleh menghindarkan konflik dalaman pada wanita-wanita ini. Ilmu mampu menyerlah dan menjernihkan persepsi kita tentang kehidupan.
Walaupun aku mengiyakan isi-isi dalam kandungan buku ini tetapi tidak seratus peratus bersetuju dengan penulis barat tersebut. Antara isu yang aku tidak bersetuju dengan beliau adalah isu feminism, kesemarataan dengan golongan lelaki dalam segala bidang. Dalam isu ini, kita harus bersikap terbuka walaupun ia seperti menganiaya golongan wanita. Wanita tidak sesuai dan tidak layak dijadikan pemimpin, jadi tidak perlu melanggar ketetapan fitrah sendiri sebagai pendorong pada kejayaan pasangan. Isu ini akan berlarutan seperti barah dalam masyarakat bila wanita tidak tahu di mana tempat duduk mereka di sisi suami, anak dan kelompok masyarakat. Baik di barat ataupun di timur; yang sudah kurang nilai-nilai tradisionalnya, wanita boleh bekerjaya tetapi jangan sampai mengambil alih tugas lelaki. Bila ia terjadi, wanita juga yang akan menangisi kerakusan mereka untuk menjadi ketua dan lelaki akan berterusan menjadi leka dan mengabaikan tugas hakiki mereka. Akhirnya, wanita juga yang sengsara, dapat suami tidak seperti suami.
Kedua, apa pun pilihan wanita-wanita ini samada bekerjaya atau surirumah, ia akan membawa kepada kesudahan yang berbeza. Kos melepas tetap akan berlaku; kita menang daripada segi kewangan pasti akan kalah daripada segi masa begitu juga sebaliknya. Jadi apa pun pilihan kita, pilihlah dengan waras tanpa melupakan kebajikan diri sendiri dan buatlah persedian untuk hari hujan.
Ingat, konflik wujud jika kita mempunyai pilihan sebab pilihan itu berlarutan dengan akhiran yang berbeza. Jika kita tidak mempunyai pilihan, kita cuma ada satu cara untuk kita teruskan hidup..by hook or by crook, we have to live so the conflict will become a challenge for us.

Keseimbangan
Salam
Suatu hari dalam perjalanan ke satu tempat, bersama-sama pasangan di dalam kereta beserta anak-anak.
Berborak-borak ringan seperti biasa dan anak-anak sibuk dengan aktiviti sendiri di belakang.
Rungutan pasangan di sebelah, "dah ada duit, tak ada masa", " dulu ..takde ada duit, banyak pulak masa".
Rungutan-rungutan begini terlalu biasa kita dengar tetapi kita masih menipu diri sendiri, kenapa? Antara kita, ramai yang bekerja sampai lupa anak, isteri dan suami , apatah lagi emak dan ayah di kampung. Hanya dengan alasan duit untuk mendapat kehidupan yang selesa. Kekadang ia bagaikan ilusi saja, duit banyak...masa kurang. Masa kurang hingga tidak ada peluang kualiti bersama-sama keluarga tersayang. Sedar-sedar duit menggunung, keluarga lari meninggalkan kita, ironiknya mereka cuma bawa duit kita tetapi bukan diri kita yang makin tua dan tidak berdaya. Apa yang kita cari sebenarnya? Cari duit, hilang masa.
Banyak masa tapi duit kurang?

Subscribe to:
Posts (Atom)