Salam
Alhamdullilah, saya baru habis membaca buku keibubapaan( parenting) The Groovy Guide- Parenting Gen Y and Z.
Secara keseluruhan, buku ini bagus. Penulisnya rajin membuat kajian menyeluruh tentang isu-isu berkaitan serta berkongsi pengalaman-pengalaman peribadi beliau. Banyak bahan rujukan yang dimuatkan di dalam buku ini merangkumi pelbagai sumber ilmu seperti psikologi, neurologi, sosiologi dan macam-macam logi lagi. Syabas, kepada penulis!
Courtesy from The Star Online
Di sini saya ingin berkongsi pendapat; kenapa buku ini bagus untuk dibaca oleh mereka yang bergelar emak dan ayah.
1) Banyak idea praktikal dalam buku ini. Saya sendiri akan mencuba pada anak-anak nanti. Antaranya ialah menulis "surat cinta" pada anak kita yang boleh membaca. Bukan menulis di dalam FB, BLOG atau yang sewaktu denganya tetapi di dalam kertas dan bersampul, dihantar melalui pos siput.
Pasti mereka teruja!
2)The ideas are simple but yet meaningful. Walaupun idea-idea tersebut bukan terlalu baru pada saya tetapi ia seakan telah lama tidak dipraktikkan. Jadi input di dalam buku ini mampu mengingatkan saya semula.
Selain daripada idea-idea dan maklumat kotemporari yang diketengahkan dalam buku tersebut, saya berharap buku ini ada terjemahannya di dalam Bahasa Malaysia. Ia penuh dengan maklumat berguna pada emak dan ayah. Malangnya, tidak semua antara kita(emak dan ayah) mampu memahami isi kandungannya dalam bahasa asing. Lagipun, kepada mak ayah berpendidikan dan mempunyai kesedaran tentang isu ini, mereka boleh bertanyakan Pakcik Google. Jadi, untuk mendekati emak ayah yang kurang mampu untuk memahami dan kurang kesedaran, alangkah baiknya jika buku sebegini diterjemahkan bagi bacaan umum, untuk semua lapisan masyarakat.
Akhir kata, secara peribadi saya rasa sukar untuk mencari buku bercorak sebegini di dalam pasaran negara kita. Kebanyakkan buku mendidik anak, karya penulis tempatan sering menggunakan kaedah nasihat dan "retelling stories" dari zaman berzaman. Tiada kupasan mendalam yang menyentuh aspek-aspek saintifik dan penyelidikan kontemporari. Walaupun nasihat-nasihat itu bagus untuk peringatan tetapi jika tidak disulamkan dengan pendekatan baru dunia Ipad dan Iphone, ia tidak kurang seperti buku Sejarah Melaka Darjah 5.
Sedangkan hakikatnya, anak-anak kita kian membesar dan cabaran yang mereka hadapi berbeza daripada kita. Jadi buku ini memberi gambaran dan fakta jelas tentang perbezaan yang timbul di antara dunia mereka GEN Y, Z...dan dunia kita. Selamat membaca.
Disclaimer: i don't get a penny for promoting this book k, heheheh
No comments:
Post a Comment