Di mana dan Bagaimana

Di mana dan Bagaimana

Thursday, 21 July 2011

Hidup untuk MEMBERI

Salam

Ironik, bila saya terbaca kata-kata seorang ahli psikologi terkenal Alfred Adler. Katanya "manusia yang paling BAHAGIA adalah manusia yang mampu memberi" atau dalam kata lain, "tingkat paling tinggi dalam hierarki manusia adalah bila dia mampu memberi".

Satu analogi menarik saya dapati apabila membaca buku Albom Mitch, Have a Little Faith. Kata-kata dipetik daripada seorang tokoh yahudi yang sedang menanti saat kematiannya. Kata beliau "bayi yang baru lahir, menggengamkan tangannya kerana membayangkan keghairahan hidup di mana dia akan mengambil sebanyak mungkin, apa yang ada di depan mata. Bila di hujung usia, manusia akan mati dengan jari-jarinya terbuka dan tidak mampu membawa apa-apa". Tidak susah untuk faham analogi ini. Teringat juga pesanan daripada seorang penulis buku Embracing Uncertainty, katanya "Ibubapa sekarang berusaha untuk menaikkan self-esteem anak-anak tetapi ia tidak berkesan dengan hanya memberi pujian dan mengiktirafkan kebolehan mereka semata-mata. Didik anak-anak kita supaya memberi pada orang keliling, khusus pada orang yang tidak mampu membalas balik kebaikkannya. Selain dapat membantu, self esteem anak-anak itu juga akan bertambah baik". Melalui pengalaman, saya akui kata-kata dia sangat tepat.

Apabila membaca kisah-kisah para nabi dan sahabat-sahabat, ia selalu membuat saya terfikir. Kondisi memberi bukan kerana kita CUKUP segalanya. Apa pula definasi CUKUP dalam diri manusia sedangkan kemahuan dan nafsu kita, tidak pernah cukup-cukup? Timbul pula perkataan ENOUGH IS ENOUGH.
Walau apa pun, ia tidak mudah seperti yang kita duga. Latihan demi latihan perlu ada bagi memantapkan nilai ini  dalam diri.Cuma berusahalah untuk mencapai BAHAGIA, samada kita seorang yang cukup segalanya ataupun tidak pernah cukup-cukup.

Happiness is a quest for everybody.

No comments: